Solat Berkait Rapat Dengan Pembangunan Modal Insan

977

Oleh ; Nur Aini AB

DUNGUN – Sempena cuti persekolahan yang telah tiba, pihak Jawatankuasa Muslimat Gong Pasir telah mengadakan ‘Kem Solat Sempurna’. Kem yang di adakan setiap kali cuti akhir tahun persekolahan telah bermula sejak tahun lalu.

Menurut Ketua Muslimat PAS Cawangan Gong Pasir, Puan Hajjah Rugayah Mahmud bahawa, pembentukan peribadi dan pembangunan modal insan sangat berkait rapat dengan solat.

cikgu alias and wifeJusteru itu anak anak perlu dipastikan sentiasa menunaikan solat dengan sempurna dan istiqomah.

“Jawatankuasa Muslimat Gong Pasir terpanggil untuk meneruskan Kem Solat Sempurna ini sebagai satu usaha untuk memastikan solat yang ditunaikan menepati rukun dan syarat- syaratnya.

“Objektif program untuk membentuk keperibadian mulia peserta, mendekatkan diri peserta dengan kehidupan beragama yang sebenarnya dan menjadi benteng kepada peserta daripada perkara-perkara keji dan mungkar “ujar beliau, yang juga isteri kepada ADUN Rantau Abang, YB Cikgu Haji Alias Harun.

Kem yang telah diadakan di Surau Kubur Gong Pasir itu bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir selepas solat Zuhur, diadakan selama dua hari.

Hari pertama iaitu pada 22hb November yang melibatkan 77 orang peserta berumur 9 hingga 12 tahun, manakala pada hari kedua iaitu 23hb, seramai 33 orang peserta berumur 13 tahun ke atas.