Sebelum ini dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Syed Hassan Syed Ali pada 19 Oktober yang lalu, Presiden MCA ini telah berulang kali mengingatkan agar tidak menghina Islam.
Menurut Saudara Khairul Faizi, kenyataan dari setiausaha Perkasa ini menjadi bukti bahawa Chua Soi Lek sepanjang menjadi sekutu di dalam Barisan Nasional, mereka telah berulang kali menghina Islam yang menjadi agama rasmi dalam Malaysia sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan.
“Ini bermakna dia sudah banyak kali menghina Islam sehinggakan Perkasa terpaksa mengingatkan berkali-kali kepada dia. Kita maklum agama Islam adalah agama rasmi dalam perlembagaan Malaysia, jadi beliau bukan sahaja menghina dan merendah-rendahkan Islam bahkan mempertikaikan perlembagaan secara sinis”, kata beliau yang juga merupakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Beliau juga mempersoalkan kewujudan ilmuan dan cendekiawan di dalam UMNO yang membisu apabila rakan sekutunya menghina dan merendah-rendahkan agama mereka.
Menurut beliau Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menghantar satu surat kepada Ketua Pemuda UMNO untuk menyatakan sikap melampau yang dilakukan oleh sekutu mereka dari MCA.
“Kita akan menghantar satu surat untuk mengadakan satu pertemuan dengan YB Khairy di pejabat UMNO pada jam 3.00 petang hari ini”, jelas beliau.
Beliau juga memaklumkan satu penyerahan memorandum kepada Presiden MCA akan dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia esok di Wisma MCA Jalan Ampang pada jam 3.00 petang.
Beliau juga menjemput seluruh rakyat Malaysia yang perihatin dengan isu ini untuk hadir dan menyatakan bantahan agar Presiden MCA berhenti dari merendah-rendahkan dan menghina Islam.
“Kita harap rakyat Malaysia boleh hadir. Ianya merupakan bantahan aman agar beliau berhenti dari terus menghina Islam. Kami di peringkat Dewan Pemuda PAS Malaysia menjemput sekali Perkasa dan UMNO untuk hadir sebagai tanda mereka juga tidak bersetuju dengan kenyataan daripada Chua Soi Lek”, kata beliau.
Nota;
____
1. Pemuda PAS Malaysia akan menghantar satu surat menyatakan sikap melampau daripad aPresiden MCA kepada YB Khairy Jamaluddin di pejabat UMNO. Maklumat sepeti berikut ;
Tarikh : 23 Oktober 2012
Hari : Selasa [Hari ini]
Tempat : Pejabat UMNO, PWTC
Masa : 3.00 petang
2. Pemuda PAS Malaysia akan menghantar satu memorandum ke Presiden MCA, Chua Soi Lek. Maklumat adalah seperti berikut ;
Tarikh : 24 Oktober 2012
Hari : Rabu [Esok]
Tempat : Wisma MCA, Jalan Ampang
Masa : 3.00 petang




























