Oleh : DMS
SETIU – Unit Amal Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit melancarkan khidmat “BANTU”, memberikan pertolongan kepada Anak-anak Terengganu Di perantauan (Perantau) yang menghadapi sebarang masalah dalam perjalanan mereka pulang berhari raya.
Ketua Pemuda PAS DUN Ustaz Shafizi Ismail berkata, mereka mengalami kerosakan ringan pada kenderaan atau sebarang kecemasan lain boleh menghubungi Komandan Amal DUN Batu Rakit Zakaria Razak di talian 013 956 8053.
Katanya, laluan operasi BANTU adalah antara Kampung Tepoh dan sehingga ke Merang, Setiu, dan sekitarnya, bermula pada 4hb Julai (29 Ramadan) sehingga malam Eidul Fitri, dari 12 tengah malam hingga jam 7 pagi.


“untuk sama-sama kita dapat meraikan hari raya bersama keluarga yang sedang menanti,”kata beliau.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Setiu itu berkata, Unit Amal peringkat kawasan Parlimen Setiu juga bersedia memberikan khidmat ‘BANTU’ yang serupa.
Beliau turut mengucapkan selamat hari raya buat semua dan berharap semoga dapat sama-sama meraikan ‘hari kemenangan itu’ dengan penuh kasih sayang.
“saya mengucapkan selamat hari raya buat semua dan semoga kita sama-sama dapat meraikan hari kemenangan ini dengan penuh kasih sayang,
“dan pohon maaf juga dari kami jika ada sebarang kesulitan dalam kami memberikan khidmat ini.” katanya yang juga Timbalan Exco Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.



























