Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Kuala Terengganu akan mempelbagaikan aktiviti khidmat kemasyarakatan termasuk khidmat ‘kumpulan marhaban’ disambing program ziarah dan gotong royong yang telah dilaksanakan sebelum ini.


“Kita akan mendekati masyarakat…………komuniti setempat tanpa mengira latar belakang politik mereka, dengan ziarah, gotong royong mahupun bermarhabban (kumpulan) itulah pendekatan kita,
“masyarakat perlu kepada pengisian rohani selain dari keperluan jasmani yang memenuhi makan dan minum sahaja,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program perbincangan santai yang diadakan di Lagun Kual Ibai dekat sini pada Selasa 26 Ogos.
Katanya, pelbagai telah diadakan pada bulan Ramadhan lalu seperti menziarahi mereka yang ditimpa kesusahan, uzur dan sakit serta pemberian bantuan keperluan harian kepada keluarga yang kurang berkemampuan.


To’ Puan Norillah yang mengetuai Kumpulan Marhabban An-Nur melahirkan rasa sukacita dan teruja dengan pertemuan santai tersebut.
“pertemuan di tempat begini sedikit sebanyak memberi ruang kepada kita (bercampur gaul dengan) dan masyarakat (akan) mengenali kita,”katanya.
Menurutnya, ia akan menjauhkan tanggapan bahawa muslimat atau wanita hanya duduk di dapur dan melakukan kerja-kerja di rumah sahaja.





























