

Merujuk pada kenyataan oleh Dr. Khairuddin At-takiri yang mengelirukan rakyat.
Dibawah kita cuba ulas isu Kerajaan Terengganu Sita Tanah FGV – mengikut undang-undang dan menurut Perspektif Islam
Dari sudut undang-undang negeri, kalau premium tanah dok bayar, kerajaan negeri memang ada hak penuh untuk menyita balik tanah tu. Tanah kerajaan ni kira harta awam, duduk bawah kuasa negeri. Tapi kita tengok pulok dari kaca mata Islam: adakah cara ni selaras syarak? Atau ada kaedah lain?
1. Dalam Islam, membayar premium / cukai tanah masuk kategori “hutang wajib dibayar”
Islam mewajibkan setiap orang atau syarikat menunaikan apa yang dijanjikan, termasuk bayaran premium tanah.
Dalilnya jelas:
Al-Qur’an, Surah al-Mā’idah (5:1):
“Wahai orang-orang yang beriman, tunaikanlah segala akad (perjanjian).”
Bayar premium adalah Sama dengan tuntutan akad. Kalau dok bayar, kira langgar syarat.
Surah al-Isrā’ (17:34):
“Dan sempurnakanlah perjanjian, sesungguhnya perjanjian itu akan dipersoalkan.”
Maknanya, dalam Islam, perjanjian kewangan termasuk bayaran tanah ni bukan benda main-main, akan ditanya di akhirat.
2. Dalil khusus tentang hutang
Islam sangat keras bab hutang, sampai Nabi SAW dok sembahyangkan jenazah orang yang masih ada hutang dulu.
Hadis (Riwayat al-Bukhari):
“Roh seorang mukmin tergantung (tertahan) selagi hutangnya belum diselesaikan.”
Hadis Nabi SAW (Riwayat Abu Dawud):
“Sesiapa yang mengambil harta orang lain dengan niat mahu membayarnya, Allah akan tolong dia.
Dan sesiapa mengambilnya dengan niat nak memusnahkannya, Allah akan binasakan dia.”
Hutang tanah adalah wajib bayar. Kalau sengaja bertangguh-tangguh , termasuk dalam golongan zalim.
3. Hak Kerajaan Negeri Menurut Islam
Dalam Islam, pemerintah wajib jaga harta awam (baitulmal).
Kalau ada pihak gagal penuhi syarat, pemerintah boleh ambil semula tanah.
Kaedah fiqh:
« تَصَرُّفُ الإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالْمَصْلَحَةِ »
“Tindakan pemerintah ke atas rakyat mesti berdasar kepada maslahah.”
Kalau premium Tidak dibayar, tanah terbengkalai, atau melanggar syarat, menyita tanah adalah maslahah, dan selari dengan syariah.
4. Islam benarkan rampasan tanah dalam keadaan tertentu
Dalam sejarah Islam, Nabi SAW pernah tarik balik tanah daripada orang yang diberi tetapi gagal mengusahakan.
Hadis:
Riwayat al-Baihaqi:
“Sesiapa yang menghidupkan tanah mati maka tanah itu miliknya, dan sesiapa yang tidak mengusahakannya selama tiga tahun maka tiada hak baginya.”
Ini menunjukkan, hak guna tanah boleh ditarik bila tanggungjawab tak ditunaikan. Tindakan FGV gagal bayar premium adalah dalam konsep yang sama.
Kesimpulannya
Kerajaan Terengganu menyita tanah FGV bukan sahaja sah dari sudut undang-undang, malah selari dengan syariat Islam, kerana:
1. Bayaran premium = hutang wajib dibayar (Qur’an & hadis jelas).
2. Melanggar syarat perjanjian → kerajaan boleh tarik balik hak.
3. Pemerintah wajib menjaga harta awam demi maslahah rakyat.
4. Islam sendiri benarkan penarikan tanah bila amanah tak dipenuhi dan perjanjian tak dipatuhi
Kalau masih rasa hujah ini tak lengkap boleh tulis diruangan komen.
Rafizi Rusam
https://www.facebook.com/share/1XgRPqRnp2/





























