DUNGUN – Sebanyak 80 Pek Nasi Arab telah diagihkan kepada 40 orang yang kurang bekemampuan oleh Ameerah Kawasan ini pada Program Sinar Ramadan.
Ketuanya Aina Mardhiyyah Abdullah berkata, edaran ‘Iftar Box’ tersebut, hasil sumbangan mereka yang prihatin, sempena amalan sedekah pada bulan yang berkat ini.
“Bulan Ramadhan adalah bulan dimana setiap amalan akan diberi ganjaran pahala berganda, begitu juga bersedekah,
“selain memperkenalkan Ameerah kepada masyarakat, kami menyampaikan amanah dari penyumbang untuk warga yang bekemampuan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menziarahi warga terbabit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang pada Sabtu 3, Jun.


“Untuk tahun lepas program ini, di UPU Balai Besar, DUN Rantau Abang juga, kita sasarkan yang sakit, fakir miskin dan al-mala’,
“tetapi tahun ni kita sasarkan rumah yang ada pengundi muda perempuan 21-40 tahun dalam cawangan-cawangan tersebut,” jelas beliau.
Turut Bersama program itu ialah Ketua Muslimat DUN yang juga isteri ADUN Rantau Abang, Cikgu Hajah Rugayah Mahmood, Timbalan Ketua Ameerah Negeri Asma’ Abdullah dan Timbalan Nusaibah Negeri, Nadwa Hussain.
Beliau berharap, perkongsian rezeki Ramadan itu, akan meningkat kesedaran orang ramai untuk beramal kebajikan, khususnya golongan wanita muda.



























