Siaran Langsung Dan Web Khusus Muktamar PAS Ke-59

1820

Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke-59 pada kali ini akan diadakan pada 22 hingga 24hb November 2013 di Shah Alam, Selangor akan disiarkan secara langsung melalui webtv PAS (http://webtv.pas.org.my) dan juga radio internet hijau.fm terutamanya pada hari perasmian jumaat, 22hb November, 2013

Jabatan IT PAS Pusat (JITP) juga telah memembangunkan laman web khusus untuk muktamar PAS ke-59 pada kali ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, JITP ditugas mengendalikan urusan yang berkaitan dengan akses internet dan lain-lain perkara berkaitan dengan IT bagi memastikan kelicinan muktamar.

Suhaimi Embong, Pengarah JITP memberitahu, “kandungan web muktamar59 ini boleh diakses di alamat http://muktamar59.pas.org.my meliputi aturcara, jawatankuasa, berita-berita berkaitan dengan muktamar, koleksi video dan album muktamar terdahulu serta lain-lain perkara berkaitan dengan muktamar yang akan dikemaskinikan dari masa ke semasa”

“Web muktamar ke59 ini diadakan bagi tujuan untuk memudahkan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta rakyat Malaysia mendapat maklumat berkaitan dengan muktamar PAS melalui sumber-sumber rasmi parti secara langsung” kata Suhaimi yang juga Ketua jawatankuasa IT Panitia Muktamar.