

Beberapa pemain bola sepak antarabangsa telah secara terbuka menyuarakan sokongan mereka terhadap Palestin, terutamanya melalui media sosial.
Karim Benzema, penyerang Perancis ini, yang pernah bermain untuk Real Madrid dan memenangi Ballon d’Or 2022, meluahkan doa untuk penduduk Gaza pada Oktober 2023.
Beliau telah menyatakan solidariti secara terbuka terutamanya di platform media sosial dan doa untuk penduduk Gaza yang menjadi mangsa pengeboman yang tidak adil, dan sokongannya ini mendapat reaksi pelbagai daripada orang ramai, termasuk kritikan dan tuduhan daripada sesetengah pihak di Perancis.
Benzema telah berkongsi kenyataan di akaun X (dahulunya Twitter) pada Oktober 2023 yang menyatakan, “Semua doa kami untuk penduduk Gaza yang sekali lagi menjadi mangsa pengeboman tidak adil ini yang tidak terlepas daripada wanita atau kanak-kanak”.
Kenyataan tersebut mendapat pujian daripada sesetengah pihak, namun juga dikritik, terutamanya oleh ahli politik di Perancis yang mendakwa beliau mempunyai kaitan dengan organisasi tertentu seperti Ikhwan al-Muslimin.
Peguam Benzema menegaskan menjawab dakwaan itu berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan pemain itu hanya menyuarakan “kasih sayang semula jadi” dengan melihat apa yang berlaku di Gaza, dan mereka merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan yang dibuat.
Mohamed Salah, bintang Liverpool dari Mesir ini telah beberapa kali menyatakan solidariti dengan rakyat Palestin.
Penyerang Liverpool dan Mesir itu telah menyatakan sokongannya terhadap rakyat Palestin melalui beberapa kenyataan awam sejak Oktober 2023.
Salah menyiarkan mesej video di media sosial, rayuan kemanusiaan Pada 18 Oktober 2023, menyeru pemimpin dunia untuk campur tangan bagi menghentikan “pembunuhan beramai-ramai” dan memastikan bantuan kemanusiaan dihantar segera ke Gaza.
Gesaan beliau supaya dunia menghentikan keganasan dalam mesej video yang sama, beliau menyatakan bahawa “terlalu banyak keganasan dan kekejaman yang menyayat hati” telah berlaku dan semua nyawa harus dilindungi.
Bukan hanya memnuat pernyataan, Bulan Sabit Merah Mesir mengesahkan bahawa Salah telah membuat sumbangan kewangan yang besar untuk membantu rakyat Gaza.
Mesej Krismas yang menyentuh perasaan Pada Krismas 2023, Salah berkongsi mesej di media sosial, menyatakan rasa berat hati dan kesedihannya terhadap “perang kejam” yang berlaku. Beliau menggesa orang ramai untuk tidak melupakan penderitaan rakyat Gaza.
Pada Ogos 2025, Salah mengkritik UEFA kerana tidak menyatakan punca kematian pemain Palestin, Suleiman Al-Obaid, yang terbunuh di Gaza.
Beliau mempersoalkan tindakan badan bola sepak itu yang hanya mengumumkan perpisahan kepada pemain itu tanpa menyebut bahawa beliau terkorban semasa sedang menunggu bantuan kemanusiaan.
Selain dua pemain terkenal itu, ramai lagi pemain bola sepak yang menyatakan sokongan terbuka kepada Palestin.
Hakim Ziyech, pemain sayap Galatasaray dari Maghribi ini berkongsi mesej “Dari sungai ke laut, Palestin akan bebas” di Instagram pada 2023.
Noussair Mazraoui, raakan senegara Ziyech di Bayern Munich juga menyuarakan sokongannya di Instagram pada 2023.
Mohamed Elneny, pemain tengah Mesir di Arsenal ini berkongsi gambar Masjid Al-Aqsa dan menyatakan sokongan untuk Palestin di media sosial.
Eric Cantona, lagenda Manchester United ini dilihat memakai baju-T dengan slogan “Hoping for Palestine” dan menggesa sumbangan untuk yayasan yang membantu rakyat Palestin.
Joao Cancelo, pemain pertahanan kanan Portugal di Barcelona ini berkongsi imej “All Eyes on Rafah” di Instagram pada Mei 2024.
Rafael Leao, Penyerang AC Milan ini turut menyertai kempen “All Eyes on Rafah” di media sosial.
William Saliba, pemain pertahanan Arsenal dari Perancis yang juga menunjukkan sokongan di media sosial.
Borja Iglesias, penyerang Sepanyol ini mengulangi sokongannya terhadap rakyat Palestin pada Oktober 2025.
Sebagai tambahan, beberapa kejadian berkaitan dengan bola sepak juga menunjukkan solidariti dengan Palestin, termasuk demonstrasi penyokong di luar perlawanan Norway menentang Israel pada Oktober 2025.