Merujuk kepada kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air negeri Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, yang menyatakan bahawa kawasan tanah bencah di Setiu yang dikenali sebagai Setiu Wetlands kini dalam proses untuk diwartakan sebagai Taman Negeri dalam usaha memulihara ekosistem serta biodiversiti alam semula jadi.
Pihak Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu melihatnya sebagai suatu langkah yang baik serta penghargaan kepada alam sekitar.
Apatah lagi telah sedia termaktub di dalam ‘Rancangan Tempatan Daerah Setiu’ (Setiu Local Plan) tahun 2003 – 2015, kerajaan negeri Terengganu telah menetapkan bahawa kawasan tanah lembah adalah kawasan sensitif alam sekitar atau Environmentally Sensitive Area (ESA) dan Setiu Local Plan telah menetapkan di mana hanya aktiviti rekreasi yang dibenarkan untuk dilakukan di kawasan terbabit.


Pembinaan prasarana projek bernilai ratusan juta ringgit ini telah menggugat ekosistem sebahagian besar dari kawasan tanah becah ini yang kononnya nak diwartakan sebagai Taman Negeri. Kesan jangka pendek dan jangka panjangnya tentu sahaja bukan lagi hanya setakat kepada biodiversiti alam semulajadi, tetapi juga kepada kemanusian penduduk sekitar.
Soalnya siapakah yang begitu hebat berkuasa sehingga boleh mengenepikan ketetapan yang telah dibuat oleh kerajaan mereka sendiri. Projek penternakan udang bersaiz mega, tentunya bukan satu projek rekreasi sebagaimana yang dibenarkan dan tercatat dalam Setiu Local Plan.
Keraguan kami dengan kenyataan YB Exco terbabit bukan hanya serkap jarang tetapi terbukti dari apa yang telah berlaku, cakapnya kelihatan tak serupa bikin.
Apa yang lebih penting juga, di samping alam sekitar mempunyai hak untuk dijaga dan dipelihara, rakyat yang telah dirampas tanah mereka, tentunya lebih berhak dikembalikan semula semua tanah yang diceroboh dan dirampas samada di Setiu atau di mana-mana sahaja.
Mewartakan Setiu Wetland adalah penghargaan kepada alam sekitar, namun pada masa yang sama rakyat juga wajib dihargai untuk mereka membina kehidupan di atas sebidang tanah milik sendiri yang pernah mereka miliki dan usahakan tapi akhirnya dirampas.
Dr Azman Ibrahim
Pengerusi
Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar
PAS Terengganu





























