KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (PPR) sepatutnya menambah kawasan Dewan Undangan Negeri yang baharu, tetapi sebaliknya ia mencadangkan persempadanan baharu sahaja.
Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu YB Ariffin Deraman kesal kerana suruhanjaya yang mengendalikan pilihan raya di negara ini itu tidak pernah menambah kawasan DUN baharu kepada negeri Terengganu.


“Sepatutnya SPR dia berani tambah Dewan Undangan Negeri, hak SPR bila dah mengikut undang-undang ini, 30 tahun dah kita (negeri Terengganu) tak tambah.
“Jadi, sepatutnya tugas SPR dia mencadangkan supaya menambahkan DUN dan Parlimen jadi (samada ada) bantahan (atau tidak) itu serah kepada kami…….orang politik,”tegasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Perhubungan Negeri Terengganu, di sini semalam, Khamis 22 September.
Menurutnya, SPR tidak boleh membuat ‘anggapan’ pembangkang tidak akan menyokong cadangan penambahan kawasan DUN dan Parlimen, yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga.


“itu yang kami kesal khusus di Terengganu dah 30 tahun (tak bertambah kawasan baharu) jadi (kalau dalam masa) 10 tahun lagi sebab sempadanan ini (kawasan baharu nak ditambah kerana syarat) 10 tahun sekali.
“40 tahun macam ini juga, kita tak dapat 2/3 tak tambah lah. Maknanya satu satu DUN kita akan jadi jumlah pengundi yang besar mungkin hingga 30,000 (satu DUN) hingga 150,000 pengundi (satu parlimen).
Katanya kesal, itulah nasib malang rakyat Terengganu yang ketinggalan dalam arus politik negara ini.
https://youtu.be/kIOV54CAQ_Q





























