Karnival Jabi; ‘Orang Muda’ Banjiri Malam Pembuka Tirai

1445

Oleh : Shafira

SETIU – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Jabi buat julung kalinya telah mengadakan Karnival selama dua hari tiga malam bertempat di dataran PGU Jabi bermula Khamis.

IMG_20160923_123024Membuka tira, acara ‘Bual Bicara’ santai bersama pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus dan Ijam medicine telah mendapat sambutan yang di luar jangkaan.

Penduduk setempat, terutamanya golongan muda memenuhi ‘saf’ hadapan untk jeligat dan mendengar celoteh kedua-dua selebriti itu.

Mereka turut dihidangkan dengan ‘halwa teliga’ bermaklumat satu persembahan istimewa selawat dikir dari kumpulan Pemuda DUN Jabi.

Pengerusi MTD Jabi Dr. Azman Ibrahim dalam ucapan aluannya, mengharapkan Karnival yang di adakan akan dapat menambah ilmu pengetahuan bagi semua lapisan masyarakat dalam suasana santai.

IMG_20160923_123103“program julung kali ini kita adakan ini, diharap akan dapat menambah ilmu pengetahuan yang bermanfaat,

“untuk semua lapisan masyarakat dengan penceramah-penceramah jemputan dan aktiviti yang kita adakan sepanjang tiga hari,”ujarnya

Selain itu, kaga beliau, banyak acara menarik yang melibatkan orang ramai seperti acara sukaneka, sumbangan dan ziarah kebajikan.

“rawatan as-syifa, derma darah, ceramah motivasi dari mantan Ketua PAS Rantau iaitu YB Hajjah Siti Zailah Yusof,

“Dan malam kesenian Islam turut akan di adakan pada selama Karnival tiga hari ini,”jelasnya.

IMG_20160923_123227Sementara itu menurutnya, kuliah maghrib khas dengan penampilan istimewa Kiyai Dr. Haji Ahmad Najib Afendi dari Pasentren Al Hikmah, Jawa Tengah akan diadakan.

“Ceramah penutup yang disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS Ustaz Nik Mohd Amar Abdullah serta Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat akan mengakhiri karnival pada Sabtu,”tambah beliau.

https://youtu.be/bmICqVosjkg