Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – Ramadhan yang sudah memasuki hari ke-17, mewarnakan seyuman kepada wajah, anak-anak yatim dan miskin dalam kawasan Wakaf Mempelam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, membeli baju raya merupakan satu perkara wajib terutamanya kepada anak-anak.
“bila dah separuh puasa, anak-anak sibuk tanya baju raya………jadi hari ini kita akan bawa anak anak ini shopping keperluan raya,
“kita tahu keperluan raya amat penting buat anak-anak yang tidak mempunyai ayah (ketua keluarga) dan PAS Dun Wakaf Mempelam berkongsi keperitan ini sekadar mampu,


Beliau berkata demikian ketika meraikan 64 orang kanak-kanak terbabit anak yatim dan miskin, yang dibawa untuk membeli keperluan hari raya, di perkarangan pejabat Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Wakaf Mempelam pada Isnin 12 Jun.
Anak-anak tersebut dibawa dengan dua buat bas yang disewa khas untuk memilih sendiri baju raya mereka di sebuah pasaraya besar, dekat sini.
Turut sama menghantar mereka ialah Pengarah MTD Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan petugas skuad khidmat muslimat DUN.


“nampak keceriaan di wajah anak-anak dan keluarga mereka pada pagi ini…..terima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan,
“Alhamdulillah program ini dah menjadi acara tahunan DUN,” katanya.
Sementara itu, seorang Ibu tunggal, Puan Tuan Norhildawati bersyukur kerana dimurahkan Allah rezeki dan berterima kasih kepada PAS Wakaf Mempelam.


“saya suka sangat sebab tahun ni dapat beli seluar dan kasut baru buat anak anak saya dua orang , terima kasih pada Yang Berhormat PAS dan semua,
“kerana dah tiga tahun saya menerima sumbangan ini,” ujar beliau ketika ditemui.




























