AS Senaraikan Ismail Haniyeh Sebagai ‘Pengganas’

1443

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menambah pemimpin Hamas Imsil Haniyeh ke dalam senarai pengganasnya dan mengenakan sekatan terhadap mereka

“Ismael Haniyeh adalah pemimpin kepada kumpulan dan beliau mempunyai hubungan erat dengan sayap tentera kumpulan,” menurut satu kenyataan jabatan itu.

Senarai hitam itu menafikan beliau akses kepada sistem kewangan AS, tambah kenyataan.

Duta besar dan penyelaras untuk kegiatan keganasan Nathan Sales berkata, Ismail Haniyeh telah menjadi anggota Hamas sejak tahun 1980-an.

“Dia meningkat melalui pangkat kerana sebahagiannya untuk memperjuangkan keganasan terhadap Israel,” kata Sales pada hari Rabu semasa pidato di Institut Pengajian Keselamatan Nasional, di Tel Aviv.

Ismail Haniyeh dengan tegas, pada bulan lepas, menyeru kepada intifada terhadap Israel berikutan keputusan Donald Trump untuk mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

Oleh itu menurut Sales, beliau telah menujukkan kepentingannya.

“Kami tidak akan terganggu oleh usaha Hamas untuk mengaburkan sifat sebenarnya,” kata Sales.

Selain itu, Jabatan Negara AS juga menambah tiga kumpulan ke dalam senarai hitam keganasan, iaitu Harakat al-Sabireen, sebuah kumpulan yang disokong Iran yang beroperasi di Gaza dan Tebing Barat.

Selain itu, Liwa al-Thawra dan HASM, dua kumpulan yang dikatakan aktif di Mesir turut menjadi sasaran AS.

Setiausaha Negara Rex Tillerson berkata penamaan dan sekatan itu adalah satu langkah penting dalam menafikan sumber kewangan kumpulan yang mereka perlukan untuk merancang dan menjalankan aktiviti mereka.

Sehubungan itu, Hamas menolak keputusan AS meletakkan ketua politiknya dan menyifatkan ia satu perkembangan yang berbahaya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Rabu, Hamas berkata, keputusan tersebut adalah melanggar undang-undang antarabangsa, yang telah memberikan hak kepada rakyat Palestin hak untuk mempertahankan diri terhadap Israel dan sebarang penjajahan.

“Keputusan ini menunjukkan AS berat sebelah, yang memihak kepada pendudukan Israel, dan menyediakan perlindungan rasmi bagi jenayah Israel terhadap rakyat Palestin,” kata kenyataan itu.