Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu akan menempatkan semua peniaga Pasar Besar Kedai Payang ke dalam premis perpindahan sementara yang akan di siapkan tidak berapa lama.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, ia termasuk seramai 200 orang yang di maklumkan tiada tempat di bangunan baharu yang sedang dibangunkan. Kira-kira dalam 200 meter daripada premis sedia ada.
“Berbalik isu pasar payang memang kalu ikutkan hampir 200 peniaga yang tiada tempat di tempat perpindahan sementara kerana pembesaran ataupun baik pulih pasar payang mengambil masa lebih kurang dua tahun setengah dan (bulan) Januari 2021 dijangka untuk masuk balik.
“Jadi dalam tempoh tersebut kita sediakan tempat (untuk para peniaga),” jelasnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali yang ke-19 di Dewan Seri Budi,Jalan Sultan Omar disini, pada Isnin 18 Mac

Menurutnya, Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin yang melakukan kunjungan hormat ke negeri Terengganu meluluskan peruntukan sebanyak RM500, 000 untuk membina bangunan tambahan kepada peniaga yang tidak ada tempat.
“Cuma jumlah RM500, 000 bukanlah suatu bangunan yang tertutup kekal dan saya mendapat maklumat daripada kontraktor ia hanya cukup untuk kita buat khemah terbuka dan boleh menempatkan (para) peniaga yang tidak ada tempat lagi.
“Insya Allah 200 orang itu akan masuk juga.Sebaiknya perpindahan sebenarnya pertengahan bulan Jun nanti dan perkara tersebut akan ditangani (serta penjual) boleh berniaga semula. Kebanyakan mereka ini adalah peniaga sayur dan akan dapat tempat dalam khemah terbuka tersebut,” ujarnya.
Oleh itu katanya, kerajaan negeri akan berbincang dan akan memaklumkan semula keputusan berkenaan dengan para peniaga memohon bantuan lori untuk memindahkan barang mereka.
Justeru itu, beliau berharap rakyat harus sedar dan memahami berkenaan dengan isu pasar payang kerana ini semua adalah pembangunan untuk rakyat.
Sehubungan itu Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu Haji zakaria Yusof berkata, beliau mngucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana membenarkan para peniaga berniaga di pasar payang yang baharu.
“Kami para peniaga di Pasar Payang berterima kasih kepada kerajaan negeri khususnya Exco usahawan kerana (memberikan) kita semua para peniaga yang berada di Pasar Payang (lama) dapat tempat untuk berniaga di Pasar Payang dua (baharu).
“Jadi setakat ini dalam pengetahuan kami semua peniaga akan di masukkan ke Pasar Payang dua. Tiada yang tertinggal. Mungkin yang tertinggal ada banyak hutang dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (kerana) tak bayar sewa.
“Yang bayar dan tiada hutang mungkin akan dimasukkan semua ke tapak Pasar Payang dua,” tambahnya.
Selain itu, Zakaria mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana membenarkan para penjual berpindah pada 19 Jun yang pada jadual asal adalah 15 April 2019.
“Persatuan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana membenarkan kami berpindah pada jadual asal 15 April dan tunda kepada 19 Jun selepas raya puasa.
“Dengan perpindahan itu kami boleh menjalankan perniagaan seperti biasa sebab masa itu cuti sekolah dan pengunjung ramai masa pada bulan April dan Mei,” katanya.











