Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam mengagihkan ‘gulai daging’ di kalangan penduduk sekitar bagi sama merasa dan berkongsi kesusahan di bulan Ramadan.
Ketua Muslimatnya Wan Fatimah Wan Abdullah berkata, ia adalah hasil sumbangan orang ramai yang prihati tentang masalah ekonomi yang sedang dihadapi oleh mereka.
“program agihan ini…….amat berkesan kerana selaku seorang ibu danmuslimat cukup merasa keadaan kehidupan yang susah sekarang,
“dengan keperluan seharian yang mahal……..banyak lauk pauk menjadi sekadar ‘mampu tengok’ tapi tak mampu beli,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama para petugas menyediakan gulai daging untuk 300 orang fakir miskin dalam DUN terbabit, pada Sabtu 17 Jun.
Katanya, sumbangan tersebut diagihkan oleh semua Ketua-ketua Cawangan, seramai 25 dengan setiap kampung, diantara 10 dan 15 menerimanya.
Sehubungan itu, Ketua Cawangan Pulau Musang Rosdi Ibrahim berkata, jumlah agihan program agihan gulai pada tahun ini lebihbanyak dan lebih ramai yang dapat ‘sama merasa’.


Seorang penerima sumbangan itu, ibu tunggal Zaharah Mamat, 62, berkata, “setiap tahun bulan puasa saya menunggu-nunggu,
“katu saya dapat merasa gulai daging pemberian PAS….. terima kasih kerana nak beli daging pun mahal sangat sekarang,
“alhamdulillah dapat juga merasa saperti orang lain dengan anak dan cucu-cucu saya,” katanya




























