Oleh : zulshawal
KUALA KANGSAR – Laluan sejauh lebih 700 km terasa dekat apabila semangat dan niat cintakan gerakan Islam dan Lebih mengagumkan, beliau hanya menunggang motosikal secara solo daripada Dungun, Terengganu.
Ibrahim Kassim, 63 tahun atau lebih mesra dengan gelaran Pok Usop bertolak daripada kediamannya di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun pada Khamis yang lepas.


Perjalanan berliau telah singgah di Parlimen Sungai Besar, Selangor selama 2 hari.
Ketika berada di sana, beliau sempat mengikut jentera pilihanraya untuk program ziarah.
Namun masalah komunikasi telah menyebabkan beliau meninggalkan kawasan tersebut lebih awal.
“Kita (Pok Usop) orang Terengganu, orang Sungai Besar kebanyakkannya orang keturunan Jawa. Bila gerak (ziarah) dengan geng (kumpulan) ni, Pok Usop tak faham bahasa jawa. Jadi susahlah kita nak buat kerja,’ terang Pok Usop.
Pok Usop yang baru tiba petang semalam di Bandar Kuala Kangsar telah menggunakan laluan jalan persekutuan (laluan lama) daripada Sungai Besar.
Beliau yang dijumpai di tapak ceramah Padan RPA 4, jalan Jerlun, DUN Manong.
Ceramah tersebut disampaikan Tuan Guru Presiden PAS, YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS, YB Ustaz Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Perak, Tuan Haji Razman dan calon P067 Kuala Kangsar, Dr. Najihatussalehah.





























