Setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan ke Hadhrat Ilahi kerana telah memungkinkan RUU Pindaan dibentangkan di Parlimen. Perjuangan untuk memartabatkan Hukum ALLAH yg sempurna dalam negara tercinta ini adalah sinonim dengan Parti Islam SeMalaysia Pas. Malah ada yang menyebut tiada Hudud tiadalah Pas. Walau pun apa yang dibentangkan itu bukanlah keseluruhan yang terkandung dalam Hukum Hudud dan bukanlah keseluruhan ajaran Islam itu hanya terkandung dalam hukum Hudud, namun tidak dapat dinafikan ianya adalah sebahagian dari ajaran dan tuntutan Islam yang wajib dilaksanakan dan wajib diperjuangkan oleh semua yg bernama Islam agar ianya dapat dilaksanakan.
Setinggi-tinggi tahniah kepada TG Presiden yang telah berjaya mengemukakan usul tersebut yang membuat kami semua berbangga : berbangga menjadi ahli Pas, bangga menjadi pendokong Islam dalam negara ini, berbangga memiliki seorang Presiden yang begitu tabah dan sabar menerima segala bentuk tohmahan dan bangkangan dari semua sudut. You make us proud Chief !!
Apa yang berlaku pada petang 26 Mei dengan izin Yang Maha Kuasa telah sedikit sebanyak memartabatkan Hukum ALLAH di bumi tercinta ini. Ianya juga telah memartabatkan perjuangan Islam dalam negara tercinta ini dan lebih dari itu ianya telah memartabatkan seluruh umat Islam dalam negara ini. Sudah berapa ramai pejuang dan pencinta agama Islam ingin melihat ianya termaktub, sedangkan mereka sudah terlebih dahulu menemui RabbilJalil dengan membawa bersama cita-cita murni untuk menjadi hujah perjuangan di hadapan HAKIM Yang Maha Besar, namun kita dapat menikmatinya semasa nyawa masih dikandung badan … الحمد لله … alangkah bertuahnya.
إن شاء الله
Dengan kekuatan yang ada pada kami, kami akan mengajak seluruh ahli di bawah tanggungjawab kami untuk mempertahankan kejayaan ini agar ianya terus diperjuangkan sehingga ke peringkat pelaksanaannya.
Kami juga menyeru kpd seluruh umat Islam amnya agar menyokong usaha murni ini dan ahli Pas khususnya untuk berdiri teguh di belakang DSTG Hj Abdul Hadi Awang Presiden dalam menerajui perjuangan Islam sehingga seluruh yang termaktub dalam Kitab Suci dapat dilaksanakan.
*BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN*
Hj Yahya Ali
YDP MARANG,
Hj Muhyidin Abd Rasyid
YDP HULU TERENGGANU,
M. Shukrimun Shamsudin
YDP KUALA NERUS,
YB Hj Wan Hasan Mohd Ramli
YDP DUNGUN,
Wan Sukairi Wan Abdullah
YDP KUALA TERENGGANU,
Us. Shaharizukirnain bin Abd Kadir
YDP SETIU,
Us. Wan Azhar Wan Ahmad
YDP BESUT,
Us. Alias Abd Hamid
YDP KEMAMAN
27 Mei 2016





























