Selepas Resolusi PBB, Tentera Bashar Terus Menyerang Ghouta Timur

1510

Tentera rejim Syria terus melancarkan serangan darat dan udara ke atas Ghouta Timur, beberapa jam selepas Majlis Keselamatan PBB mengundi sebulat suara memihak kepada resolusi yang menyeru kepada gencatan senjata selama 30 hari.

Askar Bashar mula memerangi kumpulan pembangkang dari pelbagai sudut di daerah pemberontak di dekat Damsyik itu, sementara kapal perang Syria meneruskan bedilan ke kawasan yang dikepung untuk hari kelapan berturut-turut.

Orang awam yang telah sedia terkepung, menanti bantuan PBB manakala pemberontak yang menguasai kawasan itu menentang serangan sengit tersebut.

Tujuan gencatan senjata adalah untuk membawa keluar penduduk dan mengizinkan aliran bantuan makanan dan ubat-ubatan.

Minggu lepas, serangan udara maut dan tembakan artileri yang dilancarkan oleh tentera Syria yang disokong oleh Rusia telah memburukkan lagi krisis kemanusiaan kepada 400,000 orang yang terperangkap.

Menurut Balai Cerap Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), lebih daripada 500 orang awam kehilangan nyawa akibat kempen pengeboman udara yang bermula pada 18 Februari.

“Perlu diperhatikan bahawa sebelum [serangan darat] ini bermula, terdapat pengeboman yang tidak henti-henti di banyak tempat di Ghouta Timur,

di mana ia menjadi garis pertahanan pemberontak ” kata wartawan Al-Jazeera, Bin Javid.

Ghouta Timur adalah kawasan perbatasan yang ditawan pemberontak di timur Damsyik dan telah dikepung oleh tentera Presiden Syria Bashar al-Assad sejak tahun 2013.

Tentera Bashar menyasarkan khusus terowong bawah tanah dan tempat persembunyian kini bersungguh-sungguh mahu memasuki Ghouta Timur, dalam usaha untuk memaksa pasukan pemberontak menyerah kalah.