Selepas Hadir Perundingan Damai, Houthi Gesa Pengikutnya Menentang Habis-habisan

951

Pemimpin pemberontak Houthi disokong Iran telah menolak prospek perjanjian damai yang diusahakan PBB bahkan menggesa para penyokongnya untuk menentang kuasa-kuasa pro-kerajaan yang berhasrat menawan semula ibu negara Sana’a.

“Jangan buat taruhan (percaya kepada) PBB yang berperanan mematuhi dasar Amerika,

“Kita tidak ada pilihan selain untuk menentang……….. sehingga rakyat untuk mencapai kebebasan dan kemerdekaan mereka,”kata Abdul Malik al-Houthi dalam ucapan lewat kelmarin sempena menyambut perayaan Maulidur Rasul.

Pendirian ‘degil’ kumpulan pemberontak itu muncul selepas pihak-pihak yang bersengketa menamatkan perundingan di Switzerland tanpa mencapai kejayaan besar tetapi bersetuju untuk bertemu lagi pada 14 Januari.

Pada hari Rabu Majlis Keselamatan PBB menggesa pihak-pihak yang bertentangan untuk menghormati gencatan senjata yang sering dilanggar untuk meneruskan rundinganakan datang.

Houthis, minoriti Syiah dari utara Yaman, yang ‘menyita’ ibu negara tahun lepas dan kemudian maju selatan ke bandar kedua terbesar Aden, memaksa Presiden Abul Rabuu Mansour Hadi melarikan diri ke Arab Saudi.

Berikutan peningkatan kejayaan menawan kembali wilayah selatan oleh tentera setia kepada kerajaan disokong oleh gabungan yang dipimpin Arab, Hadi kembali ke Aden pada November lalu selepas enam bulan dalam buangan.

Konflik Yaman telah meningkat secara mendadak sejak serangan udara yang dipimpin Arab Saudi terhadap pemberontak bermula pada Mac, dengan hampir 6,000 orang terbunuh, menurut perangkaan PBB.