Saya mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, kepimpinan di semua peringkat dan semua warga PAS negeri Terengganu, mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Terengganu khususnya.
Semoga Allah SWT memberi kerahmatan, kejayaan dan keampunan buat kita bersama dan tidak seperi apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud;
“celaka lah manusia jika berlalunya Ramadhan, dia tidak dirahmati, celaka lah dia jika berlalunya Ramadhan dia tidak diampunkan, dan celaka lah manusia jika berlalunya Ramadhan dia tidak dilepaskan dari api neraka.”
Sebesar-besar kejayaan kepada umat Islam itu apabila berlalunya Ramadhan dan menyambut hari raya Eidilfitri, dengan keadaan mereka dirahmati, diampuni dan dibebaskan dari api neraka.
Sesungguhnya, tugas kita sebagai seorang muslim adalah meneruskan perjuangan selepas berlalunya Ramadhan yang telah kita lalui dengan proses ‘tamrin’ iaitu latihan, dan kejayaan serta kemenangan itu juga hasil daripada amal-amal soleh kita dalam bulan Ramadhan.
Dan adalah diharapkan sempena Ramadhan baru-baru ini kita ‘disuntik’ dengan kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan menegakkan Islam, bukan hanya di negeri Terengganu, bahkan di Negara kita Malaysia.
Saya juga mengambil kesempatan ini, mnegucapkan ahlan wa sahlan, selamat pulang kepada semua perantau, anak-anak Terengganu di perantauan, yang akan pulang menyambuat hari raya.
InsyaAllah kita akan bertemu pada hari raya ke 2, dalam program PAS bersama anak-anak perantau dan diharapkan agar warga Terengganu yang berada di perantauan, selamat pulang dan memandu dengan selamat. Ingat lah orang tersayang.
Saya juga mengambil kesempatan ini, untuk memohon kemaafan dan sekiranya berlaku sesuatu yang kita tidak duga, saya harap kita bermaaf-maafan sempena kedatangan Eidulfitri.
Untuk semua warga di semua peringkat, semoga beristiqamah dalam memperjuang Islam.
YB Ustaz Haji Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka
29 Ramadhan, 1435H/ 27 Julai, 2014




























