Sekretariat ‘R’ Rangka Jadual Kempen Penerangan Isu Royalti

1281
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/royalti%20trg.jpg

Di antara isu yang dibincangkan ialah berhubung dengan jadual aktiviti yang perlu disusun bagi memberi penerangan kepada seluruh rakyat Terengganu berhubung dengan royalti minyak di pesisiran pantai Terengganu yang sepatutnya menjadi hakmilik rakyat Terengganu.

Sekretariat ‘R’ yang baru ditubuhkan ini telah menggabungkan tidak kurang daripada 30 NGO kesemuanya yang telah memberikan komitmen sepenuhnya bagi menuntut kembali royalti minyak yang menjadi hak seluruh rakyat Terengganu.

Menurut perjanjian pada tahun 1975, Terengganu sepatutnya menerima 5 % royalti minyak dari Petronas. Namun begitu, semasa Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2000 yang lalu, Umno Terengganu yang diwakili oleh Datuk Awang Jabar membawa usul agar royalti Terengganu ditarik balik.

Kerajaan Negeri Terengganu kemudiannya di bawah pemerintahan PAS telah menyaman Petroleum Nasional Bhd (Petronas) dan Kerajaan Persekutuan Malaysia kerana didakwa gagal membayar royalti minyak di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 8 Mac 2001.

Namun begitu, kerajaan UMNO/BN Terengganu di bawah pemerintahan Datuk Seri Ahmad Said telah menarik balik saman terhadap Petronas tersebut dengan alasan kerajaan Pusat di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju menyerahkan kembali royalti tersebut kepada rakyat Terengganu.

Walaubagaimanapun sehingga ke hari ini, masih belum ada sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara berkenaan yang dimaklumkan oleh pihak kerajaan negeri Terengganu.

Mohd Fauzi Abu Samah,
Pengerusi Sekretariat ‘R’
29 November 2012