Dewan Pemuda PAS Malaysia kesal dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengeluarkan arahan eksekutif menyekat kemasukan warga tujuh negara Islam ke Amerika Syarikat (AS).
Timbalan Ketuanya Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, menyifatkan, ia adalah satu kempen Kempen Islamofobia AS.
“tindakan menyekat kemasukan warga tujuh negara tersebut antaranya dari Iraq, Syria, Iran, Yaman, Sudan, Libya, dan Somalia, dijangka hanya satu langkah awal untuk meluaskan lagi sekatan dan mengenakan pelbagai lagi langkah diskriminasi berdasarkan prejudis,
Langkah itu, kata beliau, telah meningkatkan insiden jenayah kebencian terhadap Muslim, dan turut menyumbang kepada suasana Islamofobia di seluruh dunia, akibat kaitan dibuat antara Muslim dengan terorisme ini.
Katanya, satu fakta yang tidak dapat disangkal ialah serangan berdasarkan kebencian terhadap minoriti di AS meningkat sejak Trump memenangi pilihan raya presiden AS pada 8 November tahun lalu.
“Menurut satu angka daripada Southern Poverty Law Center, sepanjang 9 hingga 29 November, sebanyak 867 serangan dan gangguan dilaporkan terhadap Muslim dan minoriti di negara itu,”jelasnya.
Oleh itu, katanya, Trump telah memarakkan lagi sentimen haluan kanan ekstrem di AS, yang disambut oleh sebilangan orang awam sebagai pengesahan terhadap sentimen anti-Muslim.
Beliau menambah, langkah dilakukan oleh Trump itu juga, ialah sebahagian kempen menyekat kemaraan Islam dengan cara meningkatkan dan menyebarkan lagi sentimen buruk terhadap Islam dan umatnya.
“(Kami) Dewan Pemuda PAS MLayasia berharap dunia Islam dan semua pihak yang rasional dapat dengan tegas menentang kempen terhadap Islam ini,”tegas beliau.