Program meraikan anak-anak yatik itu bermula kira-kira dengan ‘shopping raya’, membeli belah paikaian hari raya kemua anak yatim tersebut di bandar Kuala Berang pada jam 11 pagi.
Kemudian mereka dibawa dengan empat buah bas ke sebuah restoran di Kuala terengganu bagi majlis Iftar pada sebelah petangnya.
[Gambar kiri atas – Pengarah Program Ustaz Mohd Razki Alias berucap sebelum majlis Iftar meraikan 130 oang anak yatim]
Kumpulan Nasyid Seedrain
SeedRain adalah sebuah kumpulan Nasyid Alternatif hiburan Islam yang berasal dari Negeri Terengganu Darul Iman.Dianggotai oleh empat orang anak muda yang komited berdakwah menerusi hiburan Islam.SeedRain cukup bertuah kerana untuk album pertama mendapat bimbingan dan kerjasama dari beberapa composer dan artis nasyid terkenal tanahair seperti Suffian Saujana,abang munif Hijjaz,Frizdan dan beberapa econrdukktur dan Penyusun Music, seperti shamir, Along Exist dan Fauzi marzuki.
[Gambar kanan bawah – Haji Muhyiddi menyamaikan sumbangan ‘duit raya’ kepada anak-anak yatim yang diraikan]
Perkataan SeedRain diambil daripada suruh Al-Waqiah ( Fi sidrin Makhdhod, wa tholhim mamdud ).Dalam bahasa Malaysia sidrin bermaksud “Pohon Bidara”.Di simbolikkan ke dalam Bahasa Inggeris (SeedRain)dengan maksud “benih yang dibawa oleh hujan” dengan harapan misi yang dibawa oleh seedRain untuk membenih dan menghasilkan insan-insan cemerlang.beriman,bertaqwa dan mengamali Islam menerusi hiburan alternative sebagai medium dakwah.Disudut perubatan madu Sidir adalah madu terbaik yang berasal dari Yaman yang terkenal seluruh dunia.Maka dengan beberapa pengertian tersebut lahirlah “SeedRain” sebagai nama kumpulan nasyid kami
SeedRain dianggotai oleh empat orang anak muda.SeedRain sebenarnya telah lama ditubuhkan semenjak zaman persekolahan sekitar tahun 1990an dengan nama Shoutul izzah. Pada tahun 2010, dengan rasminya SeedRain di tubuhkan.
Pengalaman dan aktiviti
SeedRain banyak menerima undangan persembahan nasyid dari Badan-badan Korporat,NGO,Orang-orang awam untuk pelbagai bentuk majlis seperti majlis-majlis keraian ,majlis-majlis sekolah,majlis kahwin,majlis amal (seperti anak yatim,badan kebajikan) dan sebagainya.
Keterangan lanjut
Untuk sebarang pertanyaan,jemputan dan sebagainya bolehlah menghubungi Pengurus seedrain iaitu Mohd Jamal Naim (019-9676976)