KUALA TERENGGANU – Parti Islam Semalaysia (PAS) negeri Terengganu telah bersedia berhadapan dengan pilihan raya umum yang ke 14 (PRU14) yang akan diadakan pada bila-bila masa .
Pesuruhjaya PAS Rerengganu Dato’ Ustaz Husain Awang menegaskan pengundi rakyat negeri Terengganu, golongan muda dan orang lama sudah pun nenyatakan kesediaan untuk membuat perubahan.
Oleh itu, bagi meningkatkan kesiapsiagaan para ahli dan penyokong, PAS akan mengadakan satu lagi Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno (HARAP-PGU) buat kali ketujuh pada sesi ini.


“saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh muslimin dan muslimat dan juga kepada seluruh pengundi terutama di kalangan anak-anak muda,
“yang tentu masing-masing bersedia untuk membuat perubahan pada pilihanraya yang akan datang ini. Dan sebagai persediaan ke arah itu, kita PAS telah mengadakan majlis (Himpunan) yang dinamakan sebagai Harap.
“Iaitu program HARAP-PGU yang akan diadakan, yang terkini yang akan diadakan pada 27,28 dan 29hb Julai ini, iaitu akhir bulan ini bertempat di Pengkalan Atap, Batu Rakit Setiu,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui, mengunjungi Majlis Ramah Mesra Aidilfitri PAS Kawasan Hulu Terengganu, Di Kuala Berang pada Rabu 12 Julai.


Sehubungan itu, beliau turut menjemput seluruh rakyat tanpa mengira agama danlatar belakang politik untuk hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu.
Majlis tersebut menurutnya, akan diadakan di perkarangan pejabat PAS negeri di Taman Seri Intan Kuala Terengganu pada Khamis, 20 Julai, dai jam 11 pagi hingga 3 petang.





























