Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Selesaikan masalah dwi standard kerajaan dulu 

tuan-ibrahim-1-455777700

Sebelum kerajaan mencadangkan untuk mengawal internet, kerajaan harus mencermin diri apakah tindakan dwi standard mereka yang menyebabkan warga internet sering terkeliru tindakan kerajaan dalam sesuatu perkara.tuan-ibrahim-1-455777700

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini berkata kerajaan akan mengkaji semula kemudahan dan akses internet di Malaysia bagi mengelak sebarang kekeliruan yang timbul akibat penggunaan Internet tidak betul.

PAS melihat kenyataan menteri jauh tersasar, sama seperti orang sakit batuk diberi ubat sakit perut. Rakyat menjadi keliru adalah akibat sikap dwi standard kerajaan dan agensi penguatkuasa yang semakin ketara.

Contohnya, apabila agensi kerajaan bertindak secara cepat apabila melibatkan para pemimpin Pakatan Rakyat tapi sebaliknya lambat apabila berdepan dengan pemimpin BN.

Begitu dalam soal sensitiviti antara kaum, kerajaan dilihat cepat apabila bertindak pada pihak yang mencemuh Melayu dan Islam tapi tidak pada pihak yang mencemuh agama-agama yang lain. Begitu juga dari sudut media, pihak kerajaan dilihat bertindak dwi standard dan tidak telus apabila tidak membenarkan sebarang peluang untuk berita negatif mengenai kerajaan mahupun berita positif mengenai pihak pembangkang disiarkan.

Ini mendorong rakyat kepada penggunaan internet yang tinggi untuk menyebarkan maklumat yang lebih adil dan saksama. Apabila rakyat tidak dapat merasai kerajaan berlaku adil kepada semua, maka akan timbul pelbagai persepsi dan tanggapan sehingga wujudnya tohmahan kepada kerajaan di internet.

Internet bukanlah punca kekeliruan dalam masyarakat berlaku. Dalam Islam, keadilan adalah perkara paling asas dituntut pada pemerintah. Kegagalan bertindak adil adalah punca rakyat bertambah keliru bukan kerana keberkesanan internet untuk menyebarkan maklumat.

Menyalahkan internet tapi bukan tindakan kerajaan sendiri adalah perkara yang paling dangkal. Rakyat perlu dididik menggunakan internet secara bertanggungjawab dan bukannya dengan mengawal akses internet.

Tuan Ibrahim Tuan ManKetua Penerangan PAS Pusat
29 Julai 2013

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan