Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff melahirkan rasa terharu dengan kedatangan pelbagai pihak menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada negeri Kelantan.


“saya merasa amat terharu dengan sokongan semua pihak terhadap musibah yang menimpa negeri Kelantan,
“khususnya di Parlimen Rantau Panjang………….sumbangan ini besar sangat bagi kami,” kata beliau yang juga Anggota Parlimen kawasan tersebut.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat ringkas kepada rombongan Dewan Ulamak dan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, di markaz Tarbiyah PAS Bukit Tuku, Rantau Panjang, pada Isnin 5 Januari.


Ulamak diwakili Timbalan Ketuanya, Dr. Ustaz Abu Bakar Abdullah, manakala Ketua Dewan Muslimat diketuai oleh Puan Safinah Jusoh dan Dewan Pemuda oleh Ustaz Kamaruzzaman Abdullah sendiri.
Konvoi rombongan Dewan Pemudah PAS Negeri berganding bahu dengan Ameerah melaksanakan operasi bersih pasca banjir ke negeri Kelantan.
Turut sama dalam konvoi tersebut adalah wakil Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu (YAKEP) Puan Raja Endun Raja Abdul Rahman.
Tiga sayap dan dua agensi PAS Terengganu itu berkumpul di perkarangan Ma’ahad Tahfiz wal Tarbiyah Darul Iman, Tok Jiring dekat sini, sebelum memulakan perjalanan menuju destinasi masing-masing.


























