Saya Akan Turun Berdemo Lagi Demi Menegakkan Kebenaran

942

Mohd Shukri yang muncul dalam Majlis Ceramah di Kampung Chalok Barat dekat sini mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, khususnya kepimpinan PAS Setiu yang membantu beliau sepanjang tiga tahun.

“saya akan turun lagi, kalau ada BERSIH 3.0 saya akan turun, saya ucap terima kasih ata segala bantuan, pimpinan PAS khususnya PAS Setiu,”ujarnya ketika ditemui.

Beliau dikenakan denda RM2000 dan penjara 7 hari sekiranya gagal membayar denda, hanya kerana memiliki baju-T ‘anti-ISA’, ketika beliau ditahan pada pagi 2 Ogos, 2009, di kawasan Masjid Jamek Kuala lumpur.

Pengiringnya, Mohd Ramdan Mat Jusoh, 42, yang juga penjamin kepada beliau memberitahu,  sepanjang tiga tahun, sejak 2009, mereka terpaksa berulang alik sebanyak 19 kali.

“19 kali terpaksa berulang alik dari Setiu ke Kuala Lumpur, tak ada masalah demi perjuangan, “kata ramdan dengan penuh semangat.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa simpati kepada 11 orang tahanan dikenakan hukuman.
Ketua Penrangan DPPM, Ustaz Ridhuan Mohd Nor menegaskan, hukuman tersebut tidak akan mematikan semangat perjuangan jutaan rakyat yang bangkit dalam himpunan terbabit.

“ISA diterima rakyat sebagai akta yang zalim dan menindas rakyat. Malah, DPPM percaya rakyat semakin bersemangat dan berkobar-kobar menantikan himpunan lain dalam menentang sebarang bentuk kezaliman yang berlaku.
“Mereka yang terlibat dan ditahan ini benar-benar membuktikan bahawa perjuangan menuntut keadilan bukan suatu perjuangan yang kecil dan ringan, melainkan ia menuntut pengorbanan yang besar, sekalipun terpaksa mendekam dalam penjara besi atau didenda serta dikenakan hukuman yang berat,”ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
Ustaz Ridhuan bekata, sejarah akan mengenang semua tahanan terbabit sebagai contoh insan yang prihatin dan peka terhadap suasana yang berlaku di negara ini.

Katanya, mereka adalah diantara golongan yang tidak rela akta zalim dan kejam yang menafikan hak tahanan daripada dibicarakan di mahkamah terbuka.

Hadir sama dalam ceramah di Chalok Barat adalah Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Naib yang DiPertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim dan Setiausahanya Aminuddin Umat .