KUALA NERUS – PAS Kawasan Kuala Nerus mempersilakan orang ramai untuk hadir beramai-ramai memeriahkan majlis ilmu sambil bersantai dengan selebriti yang akan diadakan pada 27 September, Jumaat, di tapak Himpunan PAS Ganti Umno (PGU) di Kampung Banggol Peradong dekat sini.
Pengarah program Haji Zaini Deraman berkata program bersama Bob Lokman, Shamsul Ghau Ghau da Ustaz Azhar Idrus itu akan turut menampilkan Adun Tepoh yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.


“(turut serta) penampilan khas kumpulan Qasidan al-Muhibbeen seperti yang kita edarkan dalam poster-poster kita,”ujarya ketika ditemui.
Beliau berkata program tersebut adalah kempen khusus bagi mengutip dana pembinaan Pusat Tarbiyah Kuala Nerus yang kita hampir menjangkau kepada 25% pembangunannya, yang telah menelan belanja hampir RM800,000.
Katanya, apabila siap kelak, bangunan tersebut yang berkeluasan 28,000 kaki persegi, mengandungi dewan utama yang boleh memuatkan 1200 orang dan ruang pejabat dan bilik mesyuarat serta bilik kuliah dan surau.
Oleh itu beliau menyeru seluruh warga Kuala Nerus, Kuala Teregganu dan sekitarnya, agar dapat bersama-sama menyumbangkan sedekah dan infaq fi-sabiliLlah bagi menyiapkan bangunan tersebut yang memerlukan kos keseluruhannya berjumlah RM4 juta.
“bangunan yang agak besar ini memerlukan belanja hampir kepada RM4 juta kepada keseluruhannya, jadi pihak pengurusan mejalankan usaha berterusan (mencari dana) bagi melihat bangunan ini disiapkan dengan sempurnanya,
“hasil dari program (Santai bersama Selebriti) ini kita akan salurkan kepada pembinaan Pusat Tarbiyah,”jelasnya.
Beliau berkata, sumbangan berterusan amat diharapkan dan segala sumbangan kewangan boleh disalurkan terus ke akaun Pusat Tarbiyah Kuala Nerus di Bank Islam Kuala Terengganu (BIMB KT) No.13017010811804.
Selain itu, kata beliau, bagi yang berhasrat menyumbang bahan binaan seperti simen, bata, pasir dan lain-lain, boleh dibuat dengan menghubungi Pengerusi Pembangunan Haji Sa’ari bin Mohd Amin di talian 0199839468.





























