Sampaikan Mesej Islam Melalui Kerja Kebajikan

975

Oleh : NHA

MARANG – Jabatan Amal Kawasan Marang menapak selangkah lagi dengan kejayaan, apabila mereka memiliki aset terbaru untuk membantu kerja-kerja kehidmat kebajikan mereka.

IMG-20150227-WA0070Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah berkenan untuk merasmikan Pelancaran Bot dan Pacuan 4 Roda Jabatan Amal Marang seusai Kuliah Dhuha di perkarangan Masjid Rusila pada Jumaat, 27 Februari.

Beliau berkata, segala kemudahan dan kekuatan perlu dimanfaatkan untuk menyampaikan dakwah Islam.

“Untuk sampaikan Islam, perlu guna segala kemudahan yang kita ada. Islam mesti disebarkan ke segenap penjuru dunia ini dengan segenap kudrat yang kita miliki. Sampaikan mesej Islam dan dakwah dengan kerja kebajikan kita. Kita mesti fahamkan, Islam adalah rahmat sekalian alam”, tegasnya

Sehubungan itu, Yang DiPertua PAS Marang Haji Yahaya Ali berkata, pelancaran bot Jabatan Amal tersebut boleh dimanfaatkan dalam penganjuran Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah bulan depan.

“Tahniah diucapkan kepada Unit Amal Marang di atas kejayaan pelancaran aset baru ini. Sesuai sekali kerana kita selaku tuan rumah bakal menerima suatu program besar pada bulan Mac nanti,

IMG-20150227-WA0023“iaitu Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 di sini”, ujar Tuan Haji Yahaya Ali, Yang DiPertua PAS Kawasan Marang ketika menyampaikan ucapan beliau.

“Kerja kebajikan adalah kerja yang berterusan. Ketika musibah banjir yang lepas, unit amal merupakan antara tonggak penting di dalam kerja-kerja kebajikan dan keselamatan.

“Walau ketika itu Unit Amal belum memiliki bot sendiri, namun berkat kesungguhan dan keikhlasan mereka, masyarakat mengiktiraf jasa dan sumbangan pemuda PAS. Oleh sebab itu kita mengharapkan agar Unit Amal terus aktif dengan kerja kemasyarakatan ini,” tambah Yahaya lagi.

Turut hadir pada majlis tersebut Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan Komander Jabatan Amal Marang, Azmi Aminuddin Ahmad.

Azmi ketika ditemui, menyatakan rasa amat bersyukur dengan kejayaan itu.

IMG-20150227-WA0071“Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penderma sekalian hingga akhirnya segala impian menjadi realiti. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa kalian,”jelasnya

Menurutnya, jumlah derma orang ramai melebihi RM30,000 bagi memiliki dua buah aset tersebut dan Unit Amal masih lagi membuka peluang seluas-luasnya kepada para dermawan untuk terus menyalurkan sumbangan.

“Ini tidak lain tidak bukan demi untuk kelancaran gerakerja kemanusiaan dan kebajikan Unit Amal kepada semua tanpa mengira fahaman politik dan agama. Sesuai dengan moto mereka, Beramal Kerana Allah,”tambahnya