Oleh : NM
DUNGUN – Kehadiran masyarakat Tionghua pada majlis sempena sambutan Tahun Baru Cina yang di anjurkan PAS Kawasan Dungun telah membuka lembaran baru hubungan antara kaum, yang tidak pernah diterjemahkan sebelum ini.


Yang DiPertua PAS Dungun YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mengucapkan terima kasih kerana sokongan masyarakat Tionghua kepada PAS dan Pakatan rakyat pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) pada Mei tahun lalu
Beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun berharap masyarakat Cina terus bangkit menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kini semakin ‘menghimpit’ kehidupan rakyat dengan pelbagai tekanan selepas PRU-13.
“Minyak naik harga, barang-barang naik harga, cukai pintu di bandar Dungun ini sudah naik mendadak………kita punyai tugas dan tangunjawab besar dalam mendesak pihak kerajaan.


Beliau berkata demikian dihadapan kira-kira 500 orang masyarakat Tionghua yang hadir pada program yang diadakan semalam, Khamis 13 Februari di hadapan SJKC Sin Choon Batu Lima dekat sini.
Hadir sama dalam majlis ini Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Saiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, ADUN Sura Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun dan Puan Serena Lim Abdullah, selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Dungun
Hubungan ‘kekeluargaan’ mesra terjalin antara Puan Serena, seorang Cina muslim, apabila beliau mengisytiharkan dalam majlis terbabit akan mengambil dua orang anak angkat di kalangan kaun Tionghua.


Majlis malam itu diakhiri dengan acara mengaul ‘Yee Sang’ oleh semua pimpinan PAS bersama pemimpin masyarakat Tionghua setempat.
Puan Serena, ketika ditemui selepas majlis tersebut berharap, Tahun Baru kali ini dapat mengeratkan hubungan berbagai kaum, yang kian longgar angkara bibit perpecahan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).





























