Kami menyokong sepenuhnya RRU Pindaan bidang kuasa mahkamah syariah (Akta 355) dalam usaha untuk memartabatkan dan memperkasakan bidang kuasa jenayah dalam hal kesalahan jenayah syarei.Bidang kuasa sedia ada sudah tidak relevan dan perlu dikaji dan dipinda bagi memastikan institusi mahkamah syariah dapat melaksanakan keadilan menurut perspektif Islam. Kadar denda tidak melebihi RM 5000 dan penjara 3 tahun adalah hukuman yang tidak menggerunkan kepada pesalah.
2. Selari dengan Islam sebagai agama rasmi negara kedudukan mahkamah syariah sebagai satu institusi yang mulia dan dihormati mesti diperkasakan bagi memelihara keadilan Islam kepada umat Islam dan seterusnya mengekalkan kestabilan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk kerana Islam adalah agama perpaduan dan kesejahteraan .


4. Pindaan RUU adalah selari dengan perlembagaan negara dan rukun negara . Oleh kerana itu tiada sebab mengapa ianya tidak boleh mendapat sokongan padu dalam parlimen .
Sekian, Terima Kasih.
Mohd Kamaruzaman Abd Wahab
Pengerusi PROTEM
Gabungan Peguam Muslim Terengganu Menyokong RUU
31 Julai 2016
Kuala Terengganu.


























