Terengganu, Malaysia

Rundingan Damai Runtuh, Ratusan Terbunuh Di Hodeidah

yemen-airstrikes

SANAA – Beratus-ratus orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran dan serangan udara di sekitar bandar Hodeidah, Yaman, berikutan runtuhnya perundingan damai yang ditaja oleh PBB.

Rundingan antara pemerintah dan pemberontak Houthi yang diakui peringkat antarabangsa itu, gagal mencapai kata sepakat.

Pasukan kerajaan yang disokong Arab-UAE melancarkan serangan pada bulan Jun untuk merebut semula bandar pelabuhan strategik, gerbang utama bagi impot bekalan bantuan dan barang dagangan.

Hodeidah telah ditawan oleh pemberontak Houthi sejak tahun 2014.

“Banyak sumber telah melaporkan bahawa berpuluh-puluh, jika tidak angkanya, orang telah terbunuh dalam masa 24 jam lalu selepas serangan gabungan Arab-UAE,

“Sebenarnya, satu sumber mengatakan bahawa terdapat 60 serangan,” lapor al-Jazeera sambil menambah bahawa keadaan itu, pasti meningkat dengan cara yang cukup besar.

Rundingan Damai Runtuh, Ratusan Terbunuh Di HodeidahLaporan itu menyebut, kemungkinan angka kematian orang awam adalah tinggi.

” Kami telah mendengar laporan dari pihak Saudi bahawa orang awam yang cuba melarikan diri dari Hodeidah merempuh kawasan jerangkap samar,

“yang diletakkan oleh pihak Houthi, sebaliknya mereka mengatakan mereka [orang awam] dibom dalam beberapa serangan,” kata Simmons.

Secara berasingan, sumber hospital di wilayah Hodeidah memberitahu agensi berita AFP bahawa 84 orang mati termasuk 73 pemberontak dan 11 askar kerajaan.

Mereka terbunuh sejak perundingan damai di Switzerland ditinggalkan pada hari Sabtu setelah wakil Houthi gagal muncul.

Pemberontak itu menolak meninggalkan Yaman untuk ke Geneva, mengatakan bahawa PBB tidak memenuhi tuntutan mereka.

Ia termasuk pesawat untuk mengangkut mereka yang cedera ke Oman dan bandar berhampiran serta gagal menjamin delegasi mereka akan kembali semula ke ibukota Houthi, Sanaa, dalam keadaan selamat.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan