Beliau berkata, bukan sahaja rakyat malah, pemimpin ‘negara haram’ tersebut Benjamin Netanyahu turut mencari perlindungan dari roket yang dilancarkan oleh Briged itu.
Sehubungan itu, beliau menafikan, roket-roket yang dilancarkan oleh Briged tersebut menggunakan teknologi negara luar.
“Ia (roket) bukan dari Iran dan bukan dari mana-mana negara, ia buatan tempatan buatan Gaza, malah sebutir skru pun tidak datang dari negara lain,”tegasnya ketika di temui.
Menurutnya, roket terbaru ciptaan Hamas adalah M-75, selepas Qassam 1, Qassam 2 dn Qassam 3 yang telah digunakan sejak tahun 2001.


[Gambar atas – roket M75 dilancarkan, bawah – Radius jangkauan roket M-75]
Ia bermakna, roket M-75 mampu menggapai ibu negara Israel, Tel Aviv sekiranya ia dilancarkan dari Gaza.
Pada 15 November lalu, sebuah laman sesawang ketenteraan melaporkan, siren kecemasan telah dibunyikan dan mencetuskan keadaan ‘panik’ di ibu negara Israel itu sehingga hampir melumpuhkan khidmat telefon selular apabila salah satu roket Hamas menghampiri Tel Aviv.
Sebelum itu, Abu Ubaid dipetik seorang wartawan barat berkata, sebuah M-75 yang dilancarkan pada November lalu telah sampai dan eletu di sebuah ladang buah Zaitun berhampiran Jurusalem.
Sebanyak lebih 1000 roket dilancarkan Hamas dai Gaza ke Israel sepanjang tahun 2012 dan 300 daripadanya berkaya di tepis oleh sistem pertahanan Israel ‘Iron Dome’.
Israel telah mengalami kerugian kira-kira USD27 juta bagi menepis serangan roket itu yang dianggarkan memakan belanja antara USD 40,000 – USD 60,000 bagi menepis sebuah roket.
Sementara itu, kos mengeluarkan roket Qassam adalah paling tinggi USD1000 manakala roket terbaru memakan belanja USD1500.






























