Rohingya; Kesabaran Umat Islam Ada Batasnya

1327

MARANG – Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa kerajaan-kerajaan umat Islam, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) campurtangan dalam isu Rohingya.

Katanya, beliau telah mengeluarkan kenyataa tentang Rohingya pada minggu lalu, dan mahu mengulanginya kembali.

village-Rohingyas-flamme“Rohingya, saya dah buat kenyataan yang saya nak ulangi. Nak beri peringatan kepada junta tentera di Rohingya, dalam masa yang sama masyarakat antarabangsa,

“khususnya pertubuhan antarabangsa PBB, khususnya OIC supaya jangan biarkan rakyatnya terbakar macam Bosnia kerana mereka kena sedar,

“Rohingya ini berada di celah hampir 400 hingga 500 juta orang umat Islam di rantau Asia Tenggara sahaja 300 juta, di Indonesia, Malaysia, Selatan Thailand, Selatan Filipina, termasuk di Kemboja termasuk di benua India,”jelasnya.

Tegas Presiden PAS itu, kesabaran umat Islam terhadap perlanggaran hak dan penganiayaan yang berlaku kepada Rohingya ada batasnya.

Abdul Hadi Amaran Rohingya
“kena ingat kerana laut ni tiada sempadan, darat begitu jugak. Jangan dia menggila. Dengan sebab itu, satu dengan campur tangan,”kata Ustaz Hadi

“Di India hampir 200 juta, Pakistan 100 juta orang Islam. Di China pun hampir 40 juta orang Islam. Ini keliling orang Islam……..kalau berlaku apa-apa orang Islam, sabarnya ada batas ,

“kalau sampai peringkat peri kemanusian yang tak ada lagi, bakar rumah dan tak diiktiraf, suku Rohinya adalah suku asal lahir di situ, bukan sahaja suku Karin, suku yang ada di Burma tak di iktiraf,”kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas kuliah mingguan di masjid Rusila, hari ini Jumaat 25 November.

Katanya, tindakan pemerintah Myanmar tidak menerima Rohingya sebagai warga negara bukan dari ajaran agama Budhha.

“Mereka tak iktiraf masyarakat majmuk di atas semangat fanatik kaum dan fanatik agama Buddha. Bukan dari ajaran agama Buddha, saya rasa sudah jadi fanatik sehingga mereka bertindak begitu ganas,”katanya lagi.

2012_Burma_RohingyaSoldierPatrols2Justeru, beliau berharap kerajaan umat Islam mesti mendengar dan mengambil tindakan, desakan yang dibuat terhadap pemerintah Myanmar.

“Mula-mula mereka desak kerajaan-kerajaan, kalau kerajaan pun lambat, mereka bertindak sendiri. Mereka bertindak sendiri, tidak tahu apa jadi……….. Itu kena ingat,

“kena ingat kerana laut ni tiada sempadan, darat begitu jugak. Jangan dia menggila. Dengan sebab itu, satu dengan campur tangan, apa lagi tentera pengaman dan sebagainya. OIC mesti kena campur tangan, jangan jadi bisu, pekak OIC ni, mewakili umat Islam tapi bercakap dengan kenyataan sahaja, , tidak ada apa-apa tindakan,”tegasnya.

https://youtu.be/6nR-HOnh-vg