RM20, 000 Untuk Pakaian Sekolah Baharu 179 Anak Yatim

1541

Oleh : Aziz Jusoh

DUNGUN – Persiapan menghadapi sesi persekolahan tahun hadapan buat seramai 179 anak yatim sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka lebih bermakna, apabila mereka menerima sumbangan kelengkapan berjumlah hampir RM20,000.

satiful anak yatim3ADUN Paka, Ustaz Haji Satiful Bahri Mamat berkata, program anjuran Pejabat ADUN Paka dengan kerjasama Darul Aitam itu bertujuan meringankan sedikit bebanan keluarga terutama ibu atau penjaga kanak-kanak terlibat yang kini berdepan kos sara hidup tinggi untuk membeli kelengkapan persekolahan.

Kata Satiful yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Terengganu inisiatif Darul Aitam melalui Pengerusinya, Hj. Wan Mohamad Wan Ngah dengan mengadakan kutipan derma bagi tujuan itu membolehkan anak-anak yatim mendapat pembelaan.

Sumbangan sebegini akan jadikan program tahunan ini adalah tahun ketiga.

“Kita harap usaha murni ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Semoga apa yang diusahakan ini mendapat ganjaran setimpal di akhirat nanti”, katanya.

satiful anak yatim2Bagi penerima, Nur Fatin Sazwani 16 Thn sejak bapanya meninggal dunia pada 2013, inilah kali pertama dia menerima bantuan persekolahan seumpama ini, selain dari menerima barangan keperluan harian yang disumbang oleh pejabat Adun Paka secara bulanan.
“Terima kasih kepada semua penyumbang. Melalui program ini, saya dapat pilih baju sekolah ikut cita rasa sendiri, selain bertemu dengan rakan senasib”, katanya yang belajar di Sekolah Menengah Paka.

Menurut Siti Zulaikha Salahudin 15thn pula, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila berpeluang memilih sendiri pakaian sekolah di sebuah pasar raya di bandar Paka.

“Seronok dapat pergi pasar raya untuk pilih baju sekolah. Tahun depan, saya lebih bersemangat untuk masuk sekolah”, katanya yang berasal dari Kampung Sura tengah Dungun.