RM10 Juta Habis, Pasar Borong Bukit Payong Tak Tahu Kemana

2417

MARANG – Sebanyak RM10 juta telah habis, dibelanjakan kerajaan untuk penyediaan tapak, namun cadangan pembinaan pasar borong negeri Terengganu di Bukit Payong belum nampak kelihatan.

Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, kerajaan Umno Terengganu sebelum ini mendakwa, peruntukan sebanyak RM50 juta helah diagihkan untuk menyiapkanya.

“kerajaan berkali-kali melalui Exconya pernah menyatakan kerajaan memperuntukkan RM50 juta…….tapi sehingga hari ini hampir kepada pilihan raya (umum kali ke-14),

“pasar ini belum dapat dibina dan disiapkan,” ujarnya, ketika meninjau kawasan tersebut, yang terletak di tepi susur keluar Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), di Batu Sembilan, di sini, pada Ahad 14 Januari.

Beliau menjagka ‘janji kerajaan’ Barisan Nasional (BN) itu tidak akan dapat ditunaikan kerana menurutnya, lokasi tersebut sudah tidak sesuai lagi.

“suasana dan keadaan tidak sesuai lagi……di tepi LPT, tidak ada laluan jalan keluar masuk untuk pengangkutan (lori) barangan pasar,” jelasnya.

Katanya, tapak tersebut lebih sesuai untuk dibangunkan pusat pendidikan, sekolah atau madrasah untuk rakyat.

Selain itu menurutnya, jumlah peruntukan yang dinyatakan kerajaan sudah tidak relevan lagi dibandingkan dengan kos projek-projek pembangunan masa kini.

“jumlah (itu) sudah tentu merupakan jumlah yang sedikit, kalau nak dibandingkan kerajaan telah menghabiskan duit di Taman Ilmu yang terbengkalai,

“Zon Bebas Cukai yang besar perbelanjaannya termasuk (pembangunan) Bandar Baru Kijal yag kini tidak bermaya, mini zoo perbelanjaan yang begiru besar,

“peruntukan RM50 juta itu adalah jumlah yang sedikit untuk menyiapkan pembinaan pasar borong ini,” tegasnya.

Justeru itu beliau menjak rakyat negeri ini menilai prestasi kerajaan BN yang sering berjanji tetapi memungkirinya.

“inilah keadaan tanah ini yang terbiar….bertahun-tahun lamanya dan rakyat boleh menilai kerajaan Barisan Nasional (yang) setiap kali berjanji,

“datang janji….datang janji (janji demi janji) sehingga kini mereka belum menunaikan janji mereka,” kata beliau