SETIU – Golongan nelayan atau digelar sebagai ‘Orang Ke Laut’ di negeri ini, merupakan kelompok penting dalam masyarakat, yang membekalkan keperluan ikan dalam kehidupan seharian rakyat.
Namun begitu, setelah 60 tahun negara merdeka, mereka masih disisihkan dari arus pembangunan dan terhimpit dengan pelbagai tekanan.


Menurut Pak Mat Kassim, 78, muara Sungai Setiu di Merang yang sering cetek memberikan kesukaran kepada nelayan kecil untuk turun ke laut.
“Saya jugok nelayan yang tidak berkecimpung lama, dah tua doh. Tapi apa yang saya pandang. nelayan ini tidak dapat pembelaan yang sewajarnya.
“Terutama sekali pendaratan kualalah bukan setahun……..puluhan tahun doh, rakyat sungguh puluhan tahun, bukan setahun, tapi puluhan tahun doh,”ujarnya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, dalam Parlimen Setiu.
Beliau mengeluh, katanya, Kuala Merang, pintu keluar masuk nelayan ke laut, masih tidak jadi sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat.


“Jadi kalaulah keadaan kuala itu, nelayan kadang boleh keluar retek, dan kadang tak boleh keluar, sedangkan mereka boleh keluar tiap-tiap haripun ekonomi mereka tidaklah baik,
“apa lagi sebulan boleh keluar dalam dua minggu dan dua minggu tidak boleh keluar kerana air ‘ cakap’ (air cetek) dan sebagainya tentulah nelayan, masih berdepan dengan masalah kemiskinan,”kata beliau.
Beliau kesal, selama 60 tahun negara sudah merdeka dan kita memerintah, nelayanlah tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
“Kalau boleh lesen, taukeh-taukeh hok 3, 4 (orang yang) kaya (dapat), hok bangsat-bangsat boleh gok hok perahu-perahu kecil sahaja.


“Ini satu benda yang kita hairan.Pemimpin pulok macamana nak membela rakyat, nak menjaga rakyat, rakyat mana, dia nak jaga,”ujarnya lagi.
Sebaliknya, kata beliau, rakyat miskin dikalangan nelayan miskinlah yang memberi sokongan kepada kerajaan sehingga boleh memerintah Malaysia.
Tetapi, nelayan jugalah golongan yang ketinggalan dari arus pembangunan dan pembelaan dari kerajaan.
Beliau menggesa, mana-mana pemimpin pada hari ini , agar ‘membuka mata’ dan turun melihat keadaan pengkalan nelayan di Kuala Merang.
“Jadi tolonglah nelayan ini. Inilah orang yang memerlukan pertolongan, nelayanlah yang memerlukan pertolongannya. Oleh itu saya mengharapkan, pemimpin membela nelayan dan petani, mereka ketinggalan arus pembangunan.


Sebab itulah, kata beliau hasil tangkapan semakin berkurangan dan pendapatan mereka semakin terjejas.
“Dan kuala (Sungai Merang) tu saya minta dengan besar hati, orang atasan siasat Sungai Merang betul-betul, nak buat macamana , ‘time’ tak boleh tubik, sampai seminggu dok leh tubik, air kecik.
“Sebab (apa) kampong lain, dia boleh buat, (tapi) sebab apa Sg. Merang dia dok leh buat. Sebab (kalau) perlanconganpun maju, nelayanpun maju,”soal beliau.
Selain itu, katanya, terdapat ketidakadilan dalam agihan duit imbuhan sara hidup nelayan RM300 sebulan.
Beliau berkata, mereka yang betul-betul ‘ke laut’ tu tak dapat, tetapi yang tak ke laut tu dapat.
“sebab apa (apa jadi begitu) saya tanya Jabatan Perikanan dia siasat dok? Sebab ramai ramai yang tak dapat, orang yang betul-betul nelayan.


Beliau benar-benar memohon pihak atasan agar menyiasat perkara tersebut.
“Macamana orang atasan buat, mintak tolong dia mari, siasat di kampung, tengok betul-betul kalau dia nak beri sara hidup orang kelaut, mari siasat betul-betul, jangan pilih kasih.
“Macam (tu juga) subsidi, gitu jugok, saya tak pernah boleh, perahu ke, enjin ke, ke laut 40 tahun doh, lebih lagi,”tegasnya.
https://youtu.be/tdsX8-pJJB4





























