Resolusi Kongres Akan Diserah Kepada ‘Pihak Berwajib’

1098

KUALA TERENGGANU – Secara keseluruhannya, Kongres Rakyat Terengganu 2016 yang pertama kali diadakan di negeri ini, terbukti telah berjaya menghimpunkan, 83 NGO dari seluruh negeri ini.

Menurut Speakernya Wan Zainuddin Wan Musa, hampir seribu orang menghadiri sidang tersebut, mengikut catatan rekod terakhir pendaftaran peserta.

Oleh itu, langkah selanjutnya adalah, kata beliau, menyampaikan resolusi Kongres kepada pihak berwajib.

“Jadi langkah kita seterusnya kita akan menghantar resolusi ini, khususnya kepada kerajaan Negeri Terengganu untuk diperhatikan dan untuk dinilai,

“dan (sebelum itu) sekiranya perlu mana-mana resolusi atau cadangan yang dikemuka melalui pembahas-pembahas ini,
“kita minta dan kita akan desak kepada kerajaan negeri Terengganu untuk melaksanakannya,”jelas beliau.
Tegasnya, ia bukan untuk kepentingan politik tetapi untuk kepentingan rakyat negeri Terengganu secara khususnya.

“Jadi kita harap selepas ini, kerajaan negeri Terengganu akan lebih prihatin dengan permasalahan dan isu-isu yang ditimbulkan oleh para pembahas sebentar tadi.

SAM_4455“Kita tidak mahu selepas ini, berlakunya insiden-insiden di mana kerajaan memberi alasan-alasan yang begitu simplistik seperti terlepas pandang dan sebagainya,”katanya.

Beliau berharap, Kongres Rakyat Terengganu menjadi satu titik tolak baru, khususnya kepada NGO-NGO yang ada di Negeri Terengganu ini, penambahbaikkan pentadbiran negeri.

“khususnya kepada NGO-NGO yang ada di Negeri Terengganu ini, yang sebenarnya (boleh) berperanan untuk membantu kerajaan……….memberi input-input yang positif kepada kerajaan untuk menambahbaikkan pentadbiran,

“dan juga aspek-aspek yang telah dinyatakan secara panjang lebar oleh pembentang-pembentang usul sebentar tadi,”ujarnya pada sidang media selepas tamat sidang Kongres tersebut, semalam.

untuk membantu yang sebenarnya berperanan untuk membantu kerajaan memberi input-input yang positif kepada kerajaan untuk

Juteru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program bersejarah rersebut.
“Jadi saya bagi pihak Kongres Rakyat Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh pembentang-pembentang dan juga NGO-NGO,

“dan juga tidak lupa kepada pihak media yang telah memberikan ‘coverage’ yang begitu meluas dan kita harap ini akan mendatangkan satu kesan yang positif kepada kita semua terutama kepada rakyat negeri Terengganu sendiri,”kata beliau.

https://youtu.be/00cVFK8H45I