Rehlah Hari Keluarga Persatuan NGO Usrah Tarbawi Kemaman

1691

oleh : Syed Azizudin Syed Abu Bajar

KEMAMAN – Bertempat di Pantai Chendor, Persatuan Usrah Tarbawi dan Pemuda Usrah telah mengadakan program santai keluaga bersama para pemuda sekitar Kemaman.

rehlah pemuda kemaman2Seramai hampir 100 orang peserta dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, Kijal dan Chukai menyertai program dengan konsep ‘street dakwah’ itu.

Program dirasmikan dengan ucapan pembukaan oleh Pengerusi Persatuan Usrah Tarbawi Kemaman, Ustaz Zulfari Mohammad.

Dalam ucapan perasmian, beliau menekan betapa perlunya pemuda mendekati aktiviti-aktiviti dakwah agar tidak mudah terjerat oleh gejala sosial dalam kalangan remaja pada masa kini.

“Islam memandang penting peranan pemuda dalam kemajuan masyarakat dan keutuhan negara. Justeru, pemuda perlu bimbingan yang berterusan agar terbentuk jati diri sebagai pemimpin masa hadapan,” kata beliau.

rehlah pemuda kemamanTambahnya lagi,”program ini juga bertujuan untuk mendedahkan masyarakat setempat dengan dakwah santai dan disiplin sukan menurut Islam.”

Program diisi dengan acara pertandingan jerat ketam, solat berjemaah di pantai, pertandingan futsal dan streetdakwah.

Mengakhiri program, penyelaras program, Ustaz Muhammad Nurhilmi mengajak para pemuda yang ingin bersama dalam NGO Usrah berhubung melalui fb Pemuda Usrah @ page Pemuda Usrah Tarbawi.