Menteri Besar (MB) Ahmad Razif Abdul Rahman menyerahkan kes ADUN Ajil Ghazali Taib untuk diputuskan oleh pemimpin tertinggi Umno, selepas berbuat demikian terhadap kes mantan MB Dato’ Seri Ahmad Said
Beliau berkata, kerajaan negeri Umno juga menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti yang lebih tinggi untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Ghazali yang membuat kenyataan awam bahawa bahawa majoriti wakil rakyat di negeri ini tidak puas hati dengan kebimbangan politik dihadapi dinegeri ini.


“Sebarang isu atau masa depan keputusan akan diambil dalam mesyuarat kami,” katanya Ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco pada Rabu.
Katanya, beliau tidak pasti sebab di sebalik kenyataan Exco kerajaan negeri itu.
Ahmad Razif turut memberitahu pihak media bahawa semua adalah baik dengan senario politik di negeri ini, walaupun keadaan sebalinya dipaparkan didada-dada akhbar.
Katanya, beliau berdiri teguh sebagai Menteri Besar dan memandang ringan kemungkinan berlakunya pilihan raya negeri di Terengganu.





























