Puluhan orang pelarian Rohingya membantah rancangan pengembalian semula mereka ke Myanmar dengan memegang sepanduk dan kain rentang, ditulis perkataan menentang pemindahan mereka.
Tunjuk perasaan itu dibuat sempena lawatan pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khas Yanghee Lee pada hujung minggu.
Sebahagian daripada mereka mendakwa pegawai tentera Bangladesh yang mengawasi kem telah mengancam untuk merampas kad-kad catuan makanan, jika mereka tidak mahu kembali.
Di bawah perjanjian yang ditandatangani minggu lalu, Myanmar dijangka menerima pulang pelarian Rohingya dari Bangladesh di dua pusat penerimaan dan kem sementara berhampiran sempadan.


Pelarian berkata, mereka enggan kembali melainkan rejim Myanmar menjamin keselamatan dan melunaskan tuntutan mereka sebagai warganegara serta diiktiraf selaku etnik minoriti.
Mereka juga meminta pemerintah Myanmar membina kembali rumah mereka, masjid dan sekolah-sekolah yang telah musnah dibakar atau rosak dalam operasi ketenteraan.
Lebih 655.500 Muslim Rohingya melarikan diri ke Bangladesh selepas tentera Myanmar melakukan operasi di negeri bahagian utara negeri, Rakhine (Arakan).
Myanmar mendakwa ia dibuat sebagai sebagai tindak balas terhadap serangan militan keatas pasukan keselamatan pada 25 Ogos.


Golongan tua Rohingya di kem-kem pelarian memberitahu Reuters, pegawai tentera Bangladesh telah memanggil atau bertemu dengan mereka sejak dua hari yang lalu.
Mereka diminta untuk menulis senarai keluarga dari kem mereka bagi tujuan penghantaran balik.
Empat orang daripadanya berkata, mereka adalah antara lebih 70 orang pemimpin berkumpulan, mewakili beribu-ribu pelarian, telah bertemu pegawai-pegawai tentera di kem Gungdum pada hari Sabtu.
“Apabila kita berkata kita tidak dapat menyediakan senarai kerana orang tidak bersedia untuk kembali,


Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) telah berulang kali menegaskan, pulangan Rohingya perlu secara sukarela.
“UNHCR tidak menjadi sebahagian daripada perbincangan (atas penghantaran balik) setakat ini, tetapi telah menawarkan sokongan untuk melibatkan diri dalam proses,
“untuk memastikan bahawa suara-suara pelarian didengar,” kata Pegawai Perlindungan Kanan agensi itu, Caroline Gluck.
“Kadar pulangan hendaklah ditentukan oleh pelarian diri mereka sendiri.” tambah beliau.



























