

Kenyataan Datuk Seri Najib yang hendak merampas balik Selangor dengan alasan untuk bela kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat adalah suatu perkara yang amat melucukan bagi mereka yang waras.
Pas hendak bertanya kepada Datuk Najib yang juga pengerusi Perhubungan Umno Selangor, apakah amalan zalim apabila rakyat diberi air percuma? Apakah amalan zalim warga emas yang meninggal diberi wang kifalah RM2500? Apakah amalan zalim setiap bayi lahir mendapat RM100, apabila berumur 18 tahun wang terkumpul sebanyak RM1500?.
Pas hendak menasihat Datuk Najib cakaplah terus terang kepada rakyat Selangor, beri kembali kami mandat untuk memerintah Selangor supaya pemimpin umno dapat membaham khazanah negeri, kerana pemimpin umno sudah tidak bermaya dan kebuluran projek. Beri tahu kepada rakyat Selangor jika umno perintah Selangor, kami akan pastikan masjid surau mati supaya rakyat tidak memahami Islam yang syumul.
Ustaz Idirs Ahmad
Ketua Penerangan PAS




























