Oleh : Ida Hidayah
KUALA TERENGGANU – Kemeriahan Syawal yang diraikan bersama sanak saudara dipanjangkan lagi bersama warga Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) di Lagun Kuala Ibai.
Ahli jawatankuasa Penerangan dari semua kawasan berkumpul bersama di dalam majlis Aidilfitri yang santai ini.


Program dirasmikan oleh Naib Ketua DMPNT, Puan Raja Endun Raja Abdul Rahman. Di dalam ucapannya yang juga mewakili Ketua DMPNT, Puan Safinah Jusoh yang tidak dapat hadir mengucapkan syabas kepada LPDM DMPNT di atas penganjuran program ini.
Beliau juga kagum dengan usaha dan kesungguhan LPDM kerana bersungguh-sungguh mengumpulkan anak muda yang mempunyai kemahiran untuk bergabung di dalam Unit Media.
“Ini menunjukkan keazaman LPDM untuk serius membantu para muslimat untuk terus cakna dengan isu semasa, selain untuk merancakkan hebahan program-program yang dijalankan oleh muslimat di semua kawasan.


Program diserikan dengan pelbagai jenis hidangan yang disediakan melalui kawasan masing-masing mengikut menu yang telah ditetapkan.
Antara acara menarik selain daripada hidangan raya yang menyelerakan adalah para pengunjung berpeluang untuk mendapat hadiah raya yang disediakan oleh pihak penganjur.
Para tetamu dan urusetia ceria menyambut sambutan Aidilfitri ini walaupun dalam keadaan bersederhana mengingatkan kezaliman yang menimpa saudara di Palestin. Program bersurai sekitar pukul 5.30 petang.




























