Oleh : Rohayati Ripin
KEMAMAN – Rakyat mula sedar dan rasa rugi kerana mengundi parti Pakatan Harapan (PH) kerana termakan dengan fitnah mereka.
Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, mereka percaya dan terpengaruh dengan janji-janji untuk menukar kerajaan.
“Akhirnya mereka akan menanggung kesedihan sebab mereka termakan dan terlalu percaya dengan janji-janji (manifesto) yang akhirnya tidak ditunaikan (oleh kerajaan PH),” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tentang sikap pemimpin PH yang berdolak dalih kerana tidak mahu melaksanakan janji kepada rakyat.


“Penerangan adalah satu kerja yang besar untuk memberitahu apa sahaja yang hendak dilaksanakan dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri,” kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan dan Dakwah Penerangan Negeri Terengganu.
Justeru sebab itu, kita minta rakyat menilai segala maklumat itu berasaskan kaedah islam itu sendiri iaitu tabayyun atau mencari penjelasan apabila mendapat sebarang maklumat.
“Dan penerangan paling baik mesti daripada sumber kerajaan negeri sendiri insya Allah untuk elak daripada fitnah,” jelasnya.





























