Rakyat Mesir Kutuk Operasi pesawat ‘Drone’ Israel Di Sempadan

1192

Laporan berita yang boleh dipercayai mengesahkan bahawa pesawat ‘Drone’, pengebom tanpa pemandu, milik tentera udara Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 5 orang rakyat Mesir di utara semenanjung Sinai, dalam operasi yang dilaporkan dipersetujui oleh tentera Mesir.

Sumber media telah melaporkan operasi pengganas Israel yang disasarkan di Sinai Mesir dengan penyelarasan penuh antara komander rampasan kuasa Mesir dan tentera Israel.

Anti-Rampasan kuasa, Pro-Kesahtarafan Perikatan Kebangsaan Mesir (The Anti-Coup, Pro-Legitimacy National Alliance) mengutuk sekeras-kerasnya operasi pengkhianatan, dan mengutuk pesawat Israel serangan-serangan pengganas Israel di sempadan Mesir, yang mengakibatkan kematian beberapa orang Mesir.

Perikatan menekankan bahawa kejadian ini amat memalukan dan merupakan satu perkembangan yang serius yang mengancam keselamatan negara Mesir.

anti coup egyptPerikatan menegaskan sesungguhnya menolak skim komander rampasan kuasa, yang bertujuan menjadikan tumpuan tentera Mesir dengan politik.

Akibatnya akan menjadi kesan negatif yang serius terhadap kecekapan tentera kerana diganggu dari misi terasnya untuk melindungi sempadan Mesir dari sebarang pencerobohan asing.

Perikatan mengesahkan komitmen untuk mengekalkan tentera yang kuat di Mesir, dan percaya bahawa pegawai dan askar tentera Mesir adalah prajurit yang tidak akan membiarkan komander rampasan kuasa menukar doktrin tentera mereka untuk menjadikan mereka mengarahkan muncung senjata mereka ke muka rakyat senegara dan bukan kepada musuh tanah air mereka.

Anti-Rampasan kuasa, Pro-Kesahtarafan Perikatan Kebangsaan Mesir
Kaherah: 9 Ogos 201