Berpuluh-puluh ribu rakyat Indonesia telah berhimpun di Jakarta, ibu negara Indonesia, menyeru toleransi dan perpaduan selepas protes besar-besaran diadakan terhadap gabenor Basuki Tjahaja Purnama atau ‘Ahok’.
Orang ramai pada hari Ahad memenuhi bulatan trafik utama dan melimpah ke jalan raya utama, berganda melebih demo kira-kira sebulan lalu, 4 November.
Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas terhadap Ahok yang didakwa oleh pemerintah Indonesia akan disabitkan dengan tuduhan menghina Islam.
Oleh itu, penunjuk perasaan turun ke jalan pada hari Jumaat 2 Disember Ahok dipenjara kerana kesalahan yang telah mencemarkan kesucian agama Islam.
Justeru, rakyat Indonesia menuntut penangkapan segera dilakukan, sebaliknya, polis berkata penahanannya tidak perlu dan beliau telah dipanggil untuk proses perundangan.
Aktivis Islam Waris Fahrudin menyatakan kekecewaan kerana sampai masa ini, Ahok masih belum dibawa ke muka pengadilan.
Bahkan, apabila ditanya, bilakah Aho akan didakwa, beliau menjawab tidak mempunayi sebarang maklumat.
“Tak tahulah (bila Ahok akan didakwa)………yang ada hari ini justeru 10 tokoh muslim nasional Indonesia ditangkap atas tuduhan makar………melawan pemerintah,”ujarnya ketika dihubungi sejurus selepas himpunan itu yang berakhir dengan solat Jumaat di Dataran Tugu Nasional (MONAS).
Beliau uang juga Ketua Yayasan Peduli Umat Temanggung, Jawa Tengah, turut melahirkan rasa sukacita dan terharu sepanjang perjalanan sejauh hampir 500 kilometer ke Jakarta.
“Maaf beribu maaf, demi Allah saya hanya ingin cerita saja…….. Alhamdulillah pada Jumaat pagi, saya ikut jalan kaki bersama umat Islam dari Kampung Melayu Jakarta Timur ke Monas,
“Yang berwajah ‘jabrik’ (ganas), penuh ‘tatoo’ (dibadann) pun mengatur jalan (langkah menuju himpunan) walau jala raya ‘macet’(sesak) merayap,”jelasnya.
Apa yang paling menari adalah, menurut beliau, semangat kebersamaan dan kebangkita umat Islam Indonesia terjelma, sehingga semua makanan dan minuman diberikan secara percuma sepanjang perjalanan.
Dalam catatan lain, seorang peserta mahasiswa dari IAIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta menulis, “sepanjang perjalanan, saya mendengar antara peserta bicara menggunakan bahasa daerah Sunda, Jawa, Madura, Bugis, Aceh, Minang bahkan ada juga yang berbahasa Tionghoa. Mungkin mereka saudara kita dari kalangan non muslim”.
Men
“Saya tanya…….Ini salak dari mana Kek?” “Saya beli sendiri dari tabungan”, jawabnya. Saya hanya bisa terdiam dan terpaku menatapnya,”
“di sebelahnya, ada juga seorang Ibu tua juga menawarkan makanan gratis yang dibungkus. sepertinya mee atau ‘nasi uduk’…….. bayangkan, ibu itu pasti bangun lebih pagi untuk memasak makanan itu,
“Saya tanya, ini makanan Ibu masak sendiri?” “Iya”, jawabnya. “Saya biasa jualan sarapan di Matraman (nama tempat), hari ini libur (cuti). Masakan saya gratis untuk peserta aksi,”tulis beliau.
Raris menambah, beliau tidak dapat melukiskan rasa bangga, bahagia, terharu, yang berkecamuk didada, bahawa umat Islam Indonesia ternyata masih teramat sangat ‘bisa bersaudara’ dan bersatu untuk membela Islam, walau dalam berbagai perbedaan.