Oleh : Che Ana
KUALA NERUS – PAS tahu Umno dan Barisan Nasional menggunakan sogokkan wang ringgit dan ‘benda’ untuk memikat hati para pengundi.
Namun, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Ustazah Nuridah Salleh berkata, ‘mujahidah PAS’ hanya perlu memberi penerangan untuk lebih terus mendekati masyarakat.


“dalam suasana UMNO Terengganu yang kita nampak dalam masalah……..kita semua harus terus bekerja dengan penuh semangat dan memberi penerangan berterusan dalam mendekati masyarakat,
”terangkan hasrat kita……terutama pendedahan yang telah kita ‘rebranding’ (penjenamaan semula) untuk budaya politik matang dan sejahtera yang selari dengan ajaran Islam,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di sini, selepas menghadiri Tamrin PAS Pusat yang diadakan di Rusila, pada Sabtu Disember.
Oleh itu, beliau menyeru, para mujahidah terus menunjukkan hubungan akhlak yang baik kepada masyarakat dan menjadikan diri dan keluarga contoh.


“(mestilah) memperhebatkan hubungan kemasyarakatan dengan program- program kebajikan tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik,
“in shaa Allah, Allah membuka pintu hati mereka untuk bersama dengan kita……..tiada mustahil atas kehendakNya,”tegasnya.
Oleh yang demikian, kata beliau, Muslimat PAS Pusat sentiasa turun ke negeri- negeri, dan buat sekarang beliau berpuas hati dengan gerakerja muslimat untuk meghadapi PRU14.
“kita nampak semua lajnah-lajnah telah bergerak dengan aktif…….(dan) semalam Lajnah Penerangan dan Hubungan Media telah turun ke Kelantan dan hari ini kita mengikuti tamrin qiyadi yang dibuat oleh peringkat pusat di Marang,”tambahnya.



























