“Kalau Kita Biarkan Kerajaan Yang Ada Ini, Mati Kita!,”kata Dato’ Mohamad Nazli

1154
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/dato%20nazli1.png

Beliau menolak dakwaan, tujuannya menyertai PAS adalah kerana sesuatu kepentingan, sebaliknya menurut beliau kerana kerajaan sekarang ini sudah menyimpang dan perlu ditukar.

“Saya masuk PAS diatas sebab kerajaan yang ada sekarang ini telah menyimpang jauh dari apa yang patut dibuat, sebuah krajaan yang diberi mandat oleh rakyat mesti mentadbir urus negara untuk kebaikan rakyat,

“tapi apa yang kita lihat sekarang ini, banyak yang merugikan rakyat, kekayaan negera digunakan untuk kepentingan-kepentingan tertentu, banyak rasuah berlaku, salah guna kuasa…..,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyrahkan borang keahliannya kepad Preside PAs Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada majlis perasmian Himpuna Kebangkitan rakyat – PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) di Banggol Pradong pada Sabtu 16 Februari.

Beliau mengakui menjadi ‘orang kuat Umno’ semasa bertugas di daerah Besut, bahkan membantu ‘dari belakang’ memenangkan Umno untuk memerintah Terengganu.

Oleh itu, sudah tiba masnya kini, eliau membantu PAS dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan.

“semasa saya bekerja di Besut dulu memang say kuat Umno, malah saya membantu Umno ikut belakang, hari ini saya raa tanggungjawab saya untuk ambil alih tapak kepimpinan dan pemeritahan (negara),

“pasal kerajaan yang ada hari ini kalau kita ‘lok’ (biarkan)……mati kita……habis kita orang Melayu,”tegasnya. [Lihat Rakaman Video]