Qatar tidak akan menyerah kepada tekanan yang dilakukan oleh jiran-jiran negara Arabnya dan tidak akan menggadai dasar luarnya yang bebas dalam menyelesaikan pertikaian yang telah meletakkan negara teluk itu dikesampingkan.
Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani berkata demikian dalam satu kenyataan di Doha pada Khamis, selepas beberapa hari negara Bahrain, Arab Saudi, Mesir, UAE dan beberapa negara lain memutuskan hubungan dengan Qatar.
Katanya tuduhan mereka terhadap Qatar yang didakwa menyokong kumpulan bersenjata dan menjadi sekutu Iran, adalah tidak berasas.
“Kami tidak bersedia untuk menyerah diri, dan tidak akan bersedia untuk menyerahkan, kebebasan dasar luar negara (kami),” kata Sheikh Mohammed bin Abdulrahman.
Beliau juga berkata Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani tidak akan meninggalkan negara itu semasa ia “dalam sekatan” kini, dan oleh itu tidak akan dapat menemui Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di White House, yang mennawarkan diri menjadi perantaraan dalam krisis itu.
Beliau menegaskan, Qatar mendapat sokongan daripada masyarakat antarabangsa dan akan menguruskan kesan daripada krisis itu.
“langkah-langkah telah diambil oleh kerajaan Qatar untuk memastikan bahawa standard yang diberikan kepada rakyat akan dikekalkan,” katanya.
Beliau berkata Qatar belum lagi menerima secara rasmi dengan senarai permintaan oleh negara-negara yang memutuskan hubungan dengannya dan yakin ia boleh diselesaikan secara perundingan yangaman.
“Tidak akan menjadi satu penyelesaian tentera untuk masalah ini,” jelasnya.
Mengulas tindakan Turki yang dilaporkan menambah jumlah anggota tenteranya di sebuah kem di Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman berkata, kontinjen askar Ankara itu adalah untuk demi keselamatan seluruh rantau terbabit.