Putin Cabar Barat, “Cubalah Kalahkan Rusia”

165
Rusia Dakwa Menawan Kubu Terakhir Wilayah Timur, Ukraine, Luhansk

Rusia mencabar Barat untuk cuba mengalahkannya di medan perang dan menegaskan campur tangan Moscow keatas Kyiv menandakan peralihan kepada dunia kepada berbilang paksi kekuasaan.

Presiden Vladimir Putin berkata negaranya baru sahaja memulakan perangnya di Ukraine dan negara-negara Barat sudah berani untuk cuba menghalangnya.

Sebaliknya beliau juga menegaskan bahawa Moscow masih terbuka kepada idea rundingan damai.

Berucap kepada para pemimpin parlimen pada hari Khamis, setelah lebih empat bulan selepas menyerang Ukraine, kata beliau, prospek sebarang rundingan akan semakin malap apabila konflik berlarutan.

“Hari ini kami mendengar bahawa mereka mahu mengalahkan kami di medan perang. Apa yang anda boleh katakan? Biarkan mereka mencuba,” kata Putin.

“Kami telah mendengar berkali-kali bahawa Barat mahu melawan kami hingga akhir hayat Ukraine. Ini adalah tragedi bagi rakyat Ukraine, tetapi nampaknya segala-galanya menuju ke arah ini,” katanya.

Rusia telah menuduh Barat melancarkan perang proksi terhadapnya dengan menyerang ekonomi Moscow, mengadakan sekatan dan meningkatkan bekalan senjata canggih ke Ukraine.

Putin berkata, adalah jelas bahawa sekatan Barat menimbulkan kesukaran, tetapi dengan angkuh berkata, sebaliknya keadaan sama sekali tidak berlaku seperti yang diharapkan Barat.

“serangan ‘blitzkrieg’ ekonomi terhadap Rusia”, tidak akan berhasil, kata beliau.

Sejak menyerang Ukraine pada 24 Februari, tentera Rusia telah menawan sebahagian besar negara itu, termasuk melengkapkan rampasan wilayah timur Luhansk pada hari Ahad. – sumber media antarabangsa.